Guess Of Honour

Saturday, April 14, 2012

Tips Menjadi Pekerja Cemerlanglah Sangat

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pertama sekali, selamat datang ke blog yang tak seberapa ni. Terima kasih kerana sudi luangkan masa sedekahkan mata untuk baca post aku yang ni *ok, ayat skema tahap tak ingat. Ok, memandangkan korang berdua nak start kerja hari isnin ni sebagai cashier, so aku pun dapat ilham nak update blog aku pasal tips-tips yang agak berguna sebagai seorang cashier. Yelah, sebagai seorang senior dalam bidang cashier ni aku rasa berbangga untuk berkongsi pengalaman aku yang tak seberapa ni sangat lah kan *ok, start bebel dah aku ni =.="

Ok, aku akan bagi korang tips-tips yang korang boleh guna lah nanti time korang kerja, tapi ilmu ni korang jangan turunkan kat orang lain pulak, jadi yang tak elok aku cabut lari dulu.

#1 Pakai yang kemas dan menarik
Ok, tips yang first ni mesti korang kena ikut. Korang kalau masuk kerja tu nanti, pakaian biarlah yang kemas, sopan, menarik. Ok, bukan aku suruh korang pakai seksi-seksi ke tak tutup aurat ke gaun sapu lantai yang macam anugerah ke bukan ok. Korang ikut lah apa yang dia suruh pakai. Biasanya kan budak baru macam korang kena pakai baju putih, almaklumlah kan budak baru. Hehe *gelak kejam kejap

#2 Make up yang simple
Ok, tips yang kedua ni aku belajar time aku kerja dulu. Jangan fikir yang aku pakai make up ok time pergi kerja dulu. Aku tak pakai pun. Cuma time morning breafing setiap pagi tu, aku ada dengar sorang senior cashier selalu cakap, untuk perempuan muka tu biarlah bedak sikit, takdelah nampak pucat aje, korang kan jumpa customer dari pagi sampai malam. Lepas tu jangan pulak pakai bedak sekilo. Kang orang ingat korang ni tepung koma pulak *betul ke ni? Ok, tak kesah kalau salah. Next, korang pakailah at least lip balm kalau tanak pakai lip stick. Bukan apa, ni langkah pertama nak mengorat customer yang kaya-raya tuu. Wakakaka, yelah, customer suka tengok yang cantik-cantik. So, takkanlah korang nak pucat je ye tak? Haa, jangan pulak pi balun pakai sampai merah menyala sebatu lagi dah nampak doh. Hahaha :p

#3 Datang kerja awal
Ok, yang ni tips yang paling berguna untuk korang lah masa baru-baru ni. Biasanya kalau ikut pengalaman lah kan, korang kena sampai tempat kerja sekurang-kurangnya 15 minit awal, yelah ni menunjukkan yang korang berdisiplin. Kalau dapat lagi awal pun okay lah tu. Kalau korang nak bermalam kat sana malam sebelum tu pun boleh je. Tapi, kalau kena tangkap dengan pak guard, jangan salahkan aku. Kalau korang datang awal, ni menunjukkan yang korang bersemangat nak pergi kerja, walaupun tak semangat, tapi buat-buat semangat jelah kan. Hehe :p

#4 Buat kerja elok-elok
Satu lagi tips yang aku nak share dengan korang, tips ni memang berguna. Korang kan berkerja dengan duit yang berjuta-juta lemon kan, so korang kira duit tu elok-elok lah. Kalau boleh sebelum bagi duit kat customer tu kiralah duit tu dua tiga kali dulu, bukan apa kalau short duit dalam counter nanti, korang yang kena bayar balik, nanti kena tolak gaji dah tak dapat nak belanja aku kan. Korang kena berwaspada dengan orang arab, sebab ikut pengalaman lepas aku, orang arab ni dia boleh pukau orang kalau korang pandang mata dia. Walaupun sehensem mana pun customer arab tu, jangan pandang lama-lama kalau kena pukau nanti korang tanggung sendiri ok.

#5 Jaga hati customer
Sebagai seorang cashier yang baik hati, korang kena jaga hati customer korang, bila nampak je customer kena senyum je kat dia. Kalau korang nampak line sebelah tu ramai sangat orang, korang ajaklah customer datang line korang. Tolong kawan-kawan sekerja korang tu. Kalau boleh jangan lokek dengan senyuman, senyum je 24 jam, ada customer ke takde customer ke korang senyum je ok. Wakaka, kalau orang kata korang gila, buat taktahu je. Ni aset korang. Senyum tu kalau boleh biar lebar-lebar barulah menawan *Grrr

#6 Sabar
Disebabkan korang baru masuk kerja ni kan, so mula-mula kerja ni mesti korang rasa macam sakit hati lah benganglah dengan kawan-kawan sekerja lebih-lebih lagi yang dah lama kerja tu kan, sebab diorang akan buli koranglah apa lah kan, takpe korang jangan seteress pulak. Korang watlek watpeace je. Korang kena sabar. Kerek macam mana pun, korang layan je, takyah cuak ke bebeh sangat. Lepas tu nanti, kalau ada budak baru korang deralah diorang balik macam mana korang kena, haaaa, barulah adil kan? aku pernah buat dulu, wakakaka :p

#7 Hal kad kredit
Ok, kalau bab kad kredit ni korang memang kena hati-hati. Masa mula-mula ni korang mintak tolong kat senior cashier sebab apa ada jugak kes customer bagi kad kredit palsu. Bukan aku nak takutkan korang, cuma aku nak korang hati-hati lah ye, tanak nanti kang belum apa-apa lagi korang kena marah sebab terima kad kredit palsu. Cara nak detect dia senang je, korang tengok kad tu ada cip ke tak. kalau ada maknanye, kad tu tulen lah. Satu lagi, kalau melibatkan kad kredit korang kena suruh customer sign kat resit tu, kalau amount dia lebih rm500 tak silap, korang kena mintak ic diorang, yelah takut dia ni tipu pulak ke apa kan, kalau betul barulah pass nak terima, kalau nampak ragu-ragu je panggil je senior cashier.

Ok, aku rasa cukuplah kot sampai sini je tips yang aku boleh kongsi. Kalau korang nak tanya apa-apa lebih baik korang rujuk dengan senior cashier tu sebab diorang lagi banyak makan garam, aku ni kerja sebulan je. Alamklumlah, penat woi kerja cashier ni. Aku takda niat pun nak downgrade kerja ni ke nak kutuk kerja ni ke, cuma aku cerita kat korang benda benar yang jadi. Aku pun takda niat nak takutkan korang jugak. Cuma, nak korang hati-hati je, aku ni kan concern gituww dekat kengkawan kann. So, apa-apa pun selamat bekerja, aku ni je yang still penganggur terhormat dekat rumah lagi. Tak lama lagi, maybe aku cari kerja tunggu sampai seru :p

Ok, thanks sebab sudi singgah baca blog aku ni and selamat bekerja ! :)

No comments: