Guess Of Honour

Friday, April 6, 2012

selepas sekian lama

Assalamualaikum semua.

tarik nafas dalam-dalam kejap, fuhhh. Hidup lagi kan aku rupa-rupanya. Blog ni je yang dah lama mati, mati tanpa sebarang cerita terbaru. Almaklumlah jelah, penulis blog ni sibuk kan, sibuk yang mengalahkan perdana menteri *okay, tipu. Sebenarnya, aku takda idea nak merepek meraban apa kat blog ni lagi plus dengan semua kerja yang belambak kan.

Pertama sekali, aku nak bersyukur sebab aku dah berjaya menghabiskan pengajian aku selama 10 bulan yakni bersamaan dengan 2 semester dalam bidang asasi undang-undang. *yahoooo, dah habis. Tak payah nak seronok sangat lah kan sebab result tak keluar lagi. *okay, takut sekarang. Apa pun, aku harap segala keputusan aku tu terbaik dan dapat menggembirakan hati kedua ibu bapa aku. Amin, ya Rabbal Alamin, moga dipermudahkan segalanya untuk aku dan semua kawan-kawan aku.

Kalau nak cerita segala pahit manis pengalaman aku sebagai law student memang banyak kay, rasanya satu entri pun tak cukup sebab segala apa yang aku buat dari hari pertama sampai lah hari terakhir semuanya nak di ceritakan dalam blog ni. InsyaAllah, ada kelapangan masa nanti aku akan buat satu entri khas. Doakan lah kerajinan datang sebab time cuti ni setan malas je duk bergayut dan berseronok menjadikan aku hamba.



Okay, motif aku rajin nak update blog harini sebab nak story pasal satu cerita yang aku baru layan petang tadi. Cerita 7 Petala Cinta. Bagi aku lah kan, cerita dia best gila okay, rugi gila kalau tak tengok, even lepas tengok tadi pun aku rasa rugi sebab tak tengok kat pawagam dulu, tapi at least aku tengok jugak kan. Korang yang tak tengok lagi tu, gua cadangkan baik lu tengok der. Rugi kalau lu tak tengok.

Okay, jom kita sambung cerita pasal 7 Petala Cinta ni lagi. Cerita dia dah tentulah pasal cinta kan, sebab tajuk pun dah ada perkataan cinta. Cerita dia macam ada unsur islamik lah, tapi memang best lah cerita dia. Pelakon-pelakon dia pun memang best gila, aku tak kenal sangat tapi semua berjaya bawa watak masing-masing dengan cemerlang dan jayanya. Jyeahhh *semangat

Satu lagi yang best pasal cerita ni kan, soundtrack dia. Perghh, lagu dia memang superb lah weh. Seriously, tak tipu. Penyanyi dia kalau tak silap Dakmie. Tolong betulkan kalau aku salah sebab aku jahil sikit bab-bab penyanyi ni. Okay, kalau korang nak dengar lagu dia, aku sediakan video dari ihsan youtube.



Satu yang aku suka pasal cerita ni kan, ada banyak sangat ayat-ayat best. Alaaa, lebih kurang macam cerita ombak rindu tu lah. Terlampau banyak sangat sampai nak quotes semua pun tak larat okay *padahal aku tak ingat. Satu yang aku paling ingat yang ni..


jangan biarkan hadirmu sekejap mata, dan jangan biarkan kebersamaan kita hanya sementara.


Pendek kata, aku memang sarankan korang pegi tengok cepat cerita ni kalau belum tengok lagi sebab tak rugi pun kalau korang tengok lepas tu korang akan dapat banyak sangat pengajaran dalam cerita ni, nak tahu pengajaran apa tu korang kena tengok sendirilah sebab kalau aku bagitaw aku secara tak langsungnya membocorkan jalan cerita filem ni. Rugi kau industri perfileman kita *okay, bajet kejap.

Apa pun cepat-cepat lah pergi tengok cerita ni ye. Sampi di sini saja lah dulu entri untuk kali ni, ada masa nanti konfem aku akan update belambak lagi cerita yang best.





No comments: