Guess Of Honour

Wednesday, August 24, 2011

salam perantauan

..Assalamualaikum semua :)

Haii guys and gurls semua, petang ni tetibe je mood rajin nak mengupdate blog datang merasuk pulak. Rasa nak update something kt sini.

Esok cuti. Yeayyy, akhirnya penantian nak balik rumah setelah sekian lama akan berakhir pada jam 2 petang esok. Yahooo, Ampang wait for me okayh. Hoorayyy. *padahal, setiap minggu pun aku balik rumah kan. memang kau homesick betul =.="

Ada aku kesahh ke, aku ni bukan homesick tapi EAGER gila nak raya taw tak. Hohohoho. Esok aku balik lepas speaking test. Yeahhhh, seronok sampai nak melompat dah ni. Tak saba lagi dahh :)

Wednesday, August 17, 2011

burung biru

.Assalamualaikum semua dan selamat pagi yeahhhhh!!! XD

*sumpah semangat gila budak sorng ni kannnn :P

Yeahh, hi guys. Lama dah aku tak merepak meraban dalam blog picisan aku ni kan. Still semangat bulan ramadan lagi ni. BTW, sekarang ni dah pertengahan ramadan. Maknanye, dah nak raya kan. YESS!!! makan rendang, ketupat, kuih raya and paling penting DUIT RAYA!!!

okay, you guys nak taw satu bende tak? ada banyak bende yang nak share ni, tapi malaslah nak type panjang-panjang. dari semasa ke semasa i'll update you guys ok :)

One thing je yang nak story kat you guys ni. Hehehe. Saje je :)

Korang taw tak sekarang ni kan, aku baru je bela burung biru. Hehe. Best taw. Alaaa, tak taw ke, burung biru yang suka buat buyni tweet tuu~ Hoyeahh, kalau korang teka nama burung tu tweeter memang korang pandailah kannn. 100 markah untuk korang.

Ngeee, walaupun burung nk dah dlepaskan lama, berkurun, berabad dahh, tapi aku baru je bela burung ni. Baru dapat hudayah lah katakan. Perangkap baru nak mengena kot. Hehehe.

Ehh kalau you guys nak tengok burung biru aku tuu, jomlah klik dekat SINI

Rajin-rajinkanlah diri untuk terbang bersama aku denagn burung biru aku yeee :)

Heeeee~ byeeee selamat bercuti, esok cuti nuzul quran. xde class, so tido lambatlahhhh~

Friday, August 5, 2011

selagi aku masih boleh teringat

..Asslamualaikum dan salam sejahtera.

Hai sume? Amacam posa? Ada ok tak? dah hampir seminggu kita berposa kan. Kejap je rasa. Tup tup nanti dah nak raya kan? Huhu, excited terlebihhh : D

Hari ni balik rumah sebab mengidam nak buka kat rumah. Ummm, memang sehingga menjilat jarilah, kan aku buka hari ni. Kari ikan, tempe masak sambal. Fuhhh, memang terbaik dari ladanglah kannn :)
Alhamdulillah.. Burppppppp. Heeeee~

Lepas je buka tadi, duduk jap. Almaklumlah, kekenyangan lepas buka kat rumah. Hoho. Tetiba nampak adik yang paling bonsu main mercun dekat luar rumah dengan jiran-jiran yang lain. Fuhhh, main mercun gasing, mercun lebah, bunga api. Segala bagai mercunlah yang ada kalau boleh sume nak main kan? Hoho.

Ini pun satu memori puasa yang takkan aku lupa sampai bila-bila. Dulu-dulu masa aku kecik lagi, *takdelah kecik mana pun. Lepas buka mesti main mercun jugak. Orang sembahyang terawih kat masjid aku main mercun depan rumah. Haha. Segala mercun aku main. Tup tup, sampai jari kaki aku tu macam melecur kot sebab terkena wax lilin. Memang sakitlahh kan. Perghhhh, sakit kot time tuu :'(

macam nila dulu stok mercun kat rumah..

nasib baiklah dulu luka tak sampai macam ni, kan..

Sighhh, memang rindulahh kan kalau nak ingat balik bende tu sume. Humm, sekarang ni dah besar dahhh. Tak main lagi mercun-mercun sume. Pegi sembahyang terawih pulak :)

p/s: korang tengok tak berita semalam yang ada orang 20-an cedera akibat main mercun
p/ss: esok pagi sahur dekat rumah, mmmmm *finger liking good :)

Enjoy reading peeps ^^

Wednesday, August 3, 2011

cabaran puasa

..Assalamualaikum semua :)

Entri ni surely aku type laju-laju sebab dah nak berbuka. Nasi briyani dengan ayam mask merah dah tunggu dah tuu, kang tak pasal-pasal melepas pulak makanan berbuka aku~ Lalalala *mood belagak gilaa.

Hehe, takdelahh bukan nak belagak pun sebenarnya wehh. Saje je nak bagi blog ni ada isi kan, bukan perut aku je yang berisi panuh bulan puasa ni. LOL ^^

Bulan puasa ni memang cabaran gilaa kot. Fuhhh, kelas pukul 8.30 pagi aku bangun pukul 8.15. Memang marathonlahh kan aku nak bersiap. Waktu tengah hari aku lepak dalam auditorium kat fakulti, nikmat air-cond free. Petang pulak lepas abes kelas aku terus gi bazar. Nak-nak memang nafsu makan tu tinggi kot, rasa macam nak beli semua je kot. Haha.

Malam pulak, terawih. Balik je terawih terus on FB. Sambil on Fb sambil buat assignment dengan latihan tutorial. Bolehkah? O.o
Fuuhhh, lepas tu dalam pukul 1 lebih barulah tidur, kadang-kadang tu pukul 2 kot. Haishhh, esok pagi bangun sahur pukul 4.30 pagi. Macam nilah schedule aku bulan puasa ni. memang pack kann? Kesian aku.

p/s:setiap hari aku pegi bazar ramadan, rindu masakan kt rumah kot~ sobsss, xpe, hujung minggu aku balik.
p/ss:duit aku pun melayang banyak jugak, ingatkan boleh jimat bulan pose nih. humm =.=
p/sss:selamat berbuka semua :)