Guess Of Honour

Friday, July 29, 2011

memori ramadan.. sure ingat lahhh :)

..Assalamualaikum guys!!!

Haii, sedar tak sedar hari ni jumaat. Eso sabtu, lusa ahad. Tulat isnin. Ini bukan nak ajar hari kat korang ekk. Hahaha. *ketawa jap :P

Sedar tak sedar, isnin ni kita dah start puasa dah kann? tak sabar-sabar nak pegi Bazaar ramadhan beli macam-macam. Wahaha. Belum masuk lagi, dah terbayang makanan yang sedap-sedap sume tuu. Memang terliurlahh kan.

Well, cakap pasal bulan puasa ni, sure sume orang ingat dengan budak Rafique kan? Alaaa, yang diari ramadhan rafique tuu. LOL. Best kan cerita tuu? Dulu, cerita tu memang tak pernah misslah kan, sebab apa sebelum cerita tu ada pengumuman waktu berbuka, lepas tu terus je start cerita tuu. Haaa, memang aku tak penah nak misslahh kan tengaok cerita tuu. Well, Hahaha :P

Bila cakap pasal mamat rafique ni, mesti ingat lagu dia. LOL. Best kot, memang takkan lupalahh kan :)


Hahhhh!!! Nak dengar? Klik je video tuu. Memang memori ramadan.. sure ingatlahh kann :)

Thursday, July 28, 2011

ramadan bakal tiba

..Assalamualaikum dan selamat hari khamis >.<

Tak lama lagi, semua umat islam kat seluruh negara dan juga dunia bakal menyambut bulan rahmat, Bulan Ramadan Al-Mubarak. Bulan nk banyak keistimewaannya taw. Jadi korang rebutlah segala berkat bulan ni ye.

Puasa tu, puasa jugak, solat terawih jangan tinggal ye. Tadarus Quran and banyak lagi amalan sunat time bulan puasa ni. Hehehe. Aku memang tak sabar-sabar dah nak puasa, sebab apa time bulan ni kemain banyak lagi makanan2 yang sedap kan. Bazaar ramadan wait for me!!!!!

P/S: lepas puasa ni RAYA!!!!
P/SS: lepas raya dah FINAL DAHHHHH~

=.=

kbye ^^

Wednesday, July 27, 2011

final destination

..Asslamualaikum guys ang girls :)

Heee, hai everyone. Dah lama tak post tak blog ni. *Ayat cliche setiap kali post something sekarang ni kan. Well, indeed rasa macam dah takada masa untuk post dekat blog ni. Almaklumlah kerja makin banyak and many stuff to do.

Well, first thing. Ini bukan iklan percuma promosi cerita final destination ok. It's just that nak ingatkan yang masa hampir tiba dahh. Rasa macam baru je bergelag student law ni, tup tup lepas raya dah final dah. Lepas tu terus cuti sebulan. Indeed, time fly when we're having fun, kannn?

Aku rasa hidup ni memang takkan biarkan kita lalui saat-saat best lama-lama, kan? Kita just dapat go through sekejap je, lepas tu kita akan diuji dengan macam-macam lagi benda. Well, itulah lumrah hidup. *dah start bagi ceramah dah.

P/S : next monday dah puasa dahh. Mood : tak sabar-sabar :)

Saturday, July 23, 2011

angry bird bikin aku angry

..Assalamualaikum peeps :)

Goshhhh. Grrrrr. Geram nih aku. Hampir bertukar jadi incredible hulk dah depan lappy aku. Nasib baik tak bertukar, kalau tak memang hancuss le lappy aku. Mana taknye dah hampir sepuluh kali kot main level ni kat game angry bird still tak menang-menang lagi. Gerammmm sehhhhh.

click gambar untuk pembesaran

memang b$@* warna hijau tu nak mati dengan aku kot. Banyak kali aku dah susun taktik semuanya tak menjadi. Aduyaiiii =.=

Thursday, July 21, 2011

untunglahhhhh

..Assalamualaikum and evening guys :)

Heyy, tetibe dapat hidayah nak mengupdate blog malam ni. Tah kenapa tah tetibe je dapat idea nak tulis blog. Well, idea ni datang tanpa diduga, kan?

Ok, here we go. Korang perasan tak sejak kebelakangan ni kan ramai antara kita teens lah especially, suka guna ayat untunglahhhh~
Contohnya macam ni :

UNTUNGLAHHH ada orang sayang kannnn?


UNTUNGLAHHH ada banyak friend request tiap-tiap hari..


UNTUNGLAHHHH ada ramai peminat..


UNTUNGLAHHH tuu, UNTUNGLAHHHH ni dan banyak lagi..


Well, frankly speaking aku pun addicted dengan bahasa tuu, entah kenapa rasa macam dah jadi trend dah skrg ni guna bahasa macam tu. Hummm, apa relevannya guna bahasa cam tu ek? Kalau asyik untung je,siapa yang ruginyaa? Haaaa, penah tak korang sume ngan aku fikir??

Errr, tahlahh aku tak penah fikir pun. Sapa yang mula-mula cipta eh bahasa untunglahhh ni? Entahhlah, aku just ikut perkembangan semasa.

Kalau korang perasan kan, bahasa melayu kita makin lama makin rosak. Dengan bahasa untunglahh, dengan bahasa ewwww nyelahh. Banyak lagi sebenarnya. Cuba kita tengok bahasa dulu-dulu, sopan je.
Contonhnya :

Maafkan kekanda, adinda..


banyak lagi contoh sebenarnya, just malas nak type je. Memang banyak perbezaan kan duu dengan sekarang ni. Hishhh hishhh hishhh, kanak-kanak zaman sekarang ni, suka je nak rosakkan bahasa sendiri kan. Well, renung-renungkan dan fikir-fikirkan, Selamat beramal.

Wednesday, July 20, 2011

karak

..Assalamualaikum and evening guys :)

Hehe, on the cheerful mode~

Heyy, tadi baru je tengok movie karak. Aku agak ketinggalan zaman sikit, walaupun movie tu dah keluar lama dah, tapi aku ni baru ada masa nak tengok. Almaklumlahh, aku ni kan sibuk mengalahkan PM~
Lalalalala :P

Well, cerita dia oklahh. Hantu dia tak menakutkan pun. Hantu dia nampak kelakar pun ada, tahlah. Humm, yang bagi aku kesan time hantu cabut kepala tuu. Ouchhh, agak ngeri jugak bila tengok.

Sebelum tengok movie tu sempatlah update status kt FB kan~ *Nak showoff kononnyelahhh..

klik imej untuk pembesaran MELAMPAU

Cuba korang baca komen pertama tuu, lawak kot. But, it does make sense jugak. Komen yang last tu memang takde kaitan langsung. Hell yes. Tetibe nak mencapub kat wall aku kan. Hahahaha *bajet famesss pulak~

Ohhh, not to forgot dah 2 bulan aku jadi law student. Lalalalala~

Oklahh, this is for today. Nite guys^^

Monday, July 18, 2011

kill two birds with one stone

..Assalamualaikum peeps^^

Hai stalker yang hot dan mantap semua? Apa habaqqq?? Cek harap hampa baiklah nohh. Haha. Tetiba speaking utaghaa pulak dahh. Biaq pilahh kan.

Ok, harini aku just nak cerita apa yang jadi kat aku. *tak payah nak bajet hot stuff sangatlah kann, kau tu bukan artiss lima bintang pun. Ada aku kesahhh?

Heeee~ Peace. Monolog dalaman kejap. First sekali, nk ucap tahniahh kat semua student-student asasi, matriks yang dah dapat tahu resut UPU tuu. Harap-harap semangat untuk belajar akan kekal sampai dapat segulung ijazah. Aku ni akan menyusul nanti. Insya-allah.

Ok, back to the main topic guys. Hari ni aku startlah buat research assignment aku kan. Time-time buat research, memang tak sahlah kalau Mr. Google tak tolong. Disebabkan bantuan encik google jugaklah, aku dah dapat semua material untuk assignment aku tuu. So, mulai esok aku akan busykan diri menaip segala kerja aku kan. *Fuhhh, bunyi macam banyak sangat kan.

So, lepas habis menaip segala assignment aku, aku beralihlah ke FB. Bila masuk FB nampak status sorang kawan ni yang berbunyi :
ANGRY BIRD

Errrr, to be honest with you guys kan, aku tak pernah main bende alah ni. So, aku pun menggatalkan tangan aku untuk mencari game ni. Gigihlah aku cari kat google chrome, at last jumpa jugaklah dekat sini. 

Mula-mula main, macam biasa je kan. Lepas dah habis beberapa stage, amik kau. Mata ngan tangan aku melekat kat depan skrin laptop ni. Perghhh, memang layan habislah kan main game ni. Rating yang aku bagi memang 10 bintanglah. Tiptop beb!!

Hehehe, so walaupun aku still newbies lagi kan, dun worry aku akan terus berlatih untuk menajamkan skill aku melastik babi hijau tuu. Wahahaha. Nanti aku dah terer, aku nak main game lain pulak. Wahahaha. 

P/s: bilalah nak siap keje kalau asyik mengadap angry bird je kan.
P/ss : bilalah aku nak ada kemahiran reka game, aku bukannya amik course sains komputer pun.
P/sss: bilalah nak aku nak tido kalau tak habes dengan P/sssss ni kan.
P/ssss: Cik CK mintak guna trademark ea :) Jangan marah taw, Chill~

Oklah guys, nite^^

Saturday, July 16, 2011

seminggu

..Assalamualaikum stalkers^^

Heyy, dah sebulan aku tak mengupdate blog aku. dah berhabuk dah blog ni. Hahaha. Apabila virus malas berjangkit, mulalah malas nak menaip entri kan. Lagi dengan kerja banyak plus dua minguu terakhir yang teramatlah sibuk sangat tahap apatah. Kelas sampai malamlah. Apalah. STOPPP IT!!

Ok, fine. Sekarang ni aku dah start cuti. Hell yeah. Seronok. At last, seminggu bebas dari kolej. Well, sebenarnya tak jugak. Assignment pun menimbun kan. Lagi nak seronok ke? Ahhhh, persetankan semua itu, aku tak kira jugak. Whether or not, aku tetap jugak nak berseronok. Nama pun cuti kan. So be it :)

Hehehe, hari ni je aku dah buat movie marathon. Alaaa, tengok movie kat dalam laptop je pun. but, I'm planning to go to cinema, yelahhh Harry Potter 7 part 2 kan dah keluar. So, memang anticipated sangat nak pegi tengok. Hahaha.

Tadi aku just tengok Sucker Punch, Harry Potter 7 part 1, Rango, Mars need moms. Heeee~ harap tak terlebih ea. Hahaha. Nak buat macam mana kan, dah copy dalam laptop mestilah nak layan kan. Esok nak tengok apa pulak ea. Hummmmm, karak would be a good idea.

Ada yang nak join?? Heeeeee~

Oklah, sampai sini saja dulu entri kali ni ye :)