Guess Of Honour

Friday, May 27, 2011

dah habis TITIK

..Assalamualaikum semua.

Exhausted but fun. That is the suitable words describing MDS during my orientation week. Although it was a bit tiring, but indeed it is really fun being around there, being apart of UiTM.


Nak type segala benda yang terjadi memang tak laratlah, tapi serius aku cakap memang tak menyesal masuk UiTM ni. Lagi-lagi duduk dalam FUU. Fuhhhh, best tak terkata.

Orientasi dah habis, next week class start dah. Ouchh, tak saba rasanya nak sambung belajar. Nak score betul-betul and surely nak struggle sehingga habis-habisan.

Obviously macam-macam yang aku dah belajar time orientasi. Give a big round of applause to all of the abang and kakak PM they are surely the best among the best. Wa caya sama luu lahh!! thumbs up!!


Okaylah, tak larat nak type panjang-panjang sebab dah penat. So, it's done for now.

BYE^^

Friday, May 20, 2011

kebahagiaan dalam perpisahan

..Assalamualaikum semua, again =.=

Takpe bagi salam itu satu kewajipan, yang menjawab tu terima kasih banyak-banyak ye..

Sila klik butang play untuk mendapatkan mood

Esok AMIRUL FIRDAUS akan berangkat ke UiTM Shah Alam aka USA untuk melanjutkan pengajiannya dalam bidang undang-undang. Exactly Asasi Undang-Undang.


Sebelum aku mengundur diri, aku just nak minta maaf kat semua kawan aku yang aku kenal selama aku bergelar pelajar sekolah nilah ye. Again as human we do make mistakes and so do I. Harap-harap korang maafkan aku ye.


Aku doakan korang akan berjaya kat mana-mana yang korang bakal pergi nanti. What matters is that diri kita sendirilah. Jangan fikir pasal apa yang orang lain cakap kat kita sebab kita yang tentukan arah tuju kita bukan diorang. So, have a good mindset kat tempat baru nanti.

" sampai bila-bila pun kita takkan dapat puaskan hati orang lain, so the best thing is biarkan apa je diorang kata, jadikan sebagai satu cabaran baru untuk kita..."

Sekali kita bergelar kawan, sure kita akan kekal sebagai kawan sampai bila-bila, walaupun kita tak pernah jumpa antara satu sama lain sebab persahabatan itu wujud untuk merapatkan ukhwah kita. Kan? That is the main point of friendship. Especially kawan-kawan FB yang sangat baik hati nak kawan dengan aku dalam FB tuu. Thanks sangat-sangat ye!!

To all my classmates, 5F :
Korang dah jadikan tahun terakhir aku kat maktab sebagai tahun yang paling best sebab susah senang kita sentiasa bersama kan. Aku minta maaf sangat kat korang semua kalau ada yang aku terkasar ke, terbuat korang marah ke, ea. Aku sure akan rindu benda yang kita buat time kat kelas tuu. Banyak sangat memori kat situu. Semuanya akan tersimpan sebagai KENANGAN TERINDAH!!


Korang memang macam family aku time kat maktab, serius sangat-sangat. Tak tawlah macam mana nak mengharungi hari-hari kat universiti nanti tanpa korang. I hope I'll be strong there. I will always pray for your success. Selamat berjaya kawan-kawan ye. 

Korang belajar rajin-rajin ea. SPM tu cuma pembuka jalan je untuk kita. Insya-Allah kalau kita berusaha kita akan dapat apa yang kita nak. Buktikan kat semua orang yang hina kita dulu yang kita sebenarnya TAK macam apa yang diorang fikirkan ye.

Setakat ni jelah coretan aku untuk malam ni. Kalau ada masa nanti insya-Allah aku update blog ni lagi. Last but not least A MILLION THANKS KORANGGG!!

Adios, BYE ^^
Semoga kita berjumpa di puncak kejayaan =)

aduhhhs, sakit kepala aku

..Assalamualaikum semua =)

Heeee~ Jom janganlah sedihh sangat. Esok kita nak pergi belajarlah bukan nak pergi tak kembali. Switch to happy mode. Swooshhh *Sound effect

Okay, tadi enn aku pegi gunting rambut taw, tapi bukan kat tempat yang aku pegi selalu tuu. Kedai tu tutuplahh. Dahlah tukang gunting rambut dia gunting dengan sangat cermat sekali. Memang feveret akulahhh. I likeeee. Heeee~

Ni ada satu bende yang aku tak bape nak suka dengan kedai gunting rambut yang aku pegi tuu. Korang taw tak, dia buat kepala aku macam padang rumput wehh. Gunting rambut aku ganas gileerr. Keje nak cepat abess je enn. Dahlahh gunting rambut macam nak potong rumput. Bayangkan kalau lagi ganas, entah-entah jadi macam ni enn??

Ohhh maii, my hair is GONE

Lebih kurang lahh enn macam tuu. Pelek je muka orang tuu, kang tak pasal-pasal kene pi Yun Nam Hair Care pulak. Heeee~ Tak mau aku. Nampak macam apa je enn.

Tapi, nasib baiklah telinga aku still ada lagi, aku cuak gilaa takut kalau-kalau dia terkerat telinga aku jee. Kang tak pasal-pasal pulak kang dah cacat enn. Haaa, macam tu tunggu jelah surat saman aku. Hahaha XD

Dahlah tuu aku cerita pasal bab rambut tuu. Aku bersyukur je aku still ada rambut aku nii. Akhirnya, selepas shopping selama dua hari KOT barang-barang semuanya aku dah beli dah. Haaaa!! Korang nak tengok tak hasilnya?

Jeng jeng jeng

Aku persembahkan beg aku...


TIGA BEG SEKALI WEHHH..

Haaa, korang pecaya tak? TIGA BEG WEHH. Itu punn ada lagi yang tak bawak. Dekat je enn, so bolehlah berulang dari rumah. Heee~

Tu jelahh kott barang untuk daftar esok. Yang lain aku bawak lepas minggu orientasi kat sana. Harap-harap tak banyaklah barang lagi enn.

So, tu jelah ye untuk entri kali ni. Kejap lagi satu entri KHAS bakal menyusul.

BYE ^^

alamak, tertinggallah

..Assalamualaikum semua =)

Heee~ Hari ni aku nak post banyak entri boleh tak? Yelahh, esok dah nak gerak gi Universiti dahh, surelah tak boleh selalu nak update blog kan. Sure akan rindu masa nak type entri kan? Sobs :'(
*Dahlah tuu mirul, jgn sedih kay, malam nanti baru lah nak post satu entri yang betul-betul sentap

Okay, jom tukar mood!! Yeeehaaa! Eh, korang penah tak tertinggal barang kat rumah, lepas tu bila sampai sekolah barulah perasan yang barang tuu dah hilang? Contonhnya macam pencil box ke, pencil ke, buku ke, apa-apalah. Pokonya, ada barang tinggal?
Haaa, penah tak?

Aku terfikir nak tulis entri ni sebab pagi tadi, terjumpa dengan satu auntie ni. Dia ni memang seorang ibu yang prihatinlah enn, sebab anak dia tertinggal pencil box kat rumah, nak dijadikan cerita hari ni pereksa pulak tuu. Haaa, ghasaklah kalau tak bawak enn. Alamatnya memang tulis pakai air mata jelahh.

Aku terserempak sebab time nak gi GH pagi tadi amik result medical checkup. Ayah hantar passenger sebab on the way je nak pi sana tuu. So, ayah pun sempatlah borak dengan auntie ni. Dia yang cerita. Itu pun nasib baiklah bapak dia takde kat rumah, kalau tak sure kena lecture punyelahh, enn?

garangnye, takutt I

Mak dia memang sanggup taw pegi sekolah nak hantar pencil box tuu. Kalau nak ikutkan  mula-mula memang dia tak nak pun. Tapi dia kata dia tak sedap hati. Naluri seorang ibu memang sentiasa benar. Nasib baiklah anak dia punye paper start pukul 8, kalau tak. Ehem ehem lahhh..

Bayangkan kalau korang tak bawak pencil box enn, pastu taw-taw je pengawas peperiksaan dah suruh masuk. Memang menggigil, berpeluh-peluhlah enn. Ghasakah kau, takde siapa nak tolong. Kalau nak harap kawan pun, entahlah. Dapat yang okay tu okaylahh, kalau tak tuu lu pikirlah sendiri. *Pinjam jap ea nabil.

So, moral of the story is lain kali double check barang-barang anda ea, jangan ingat bila dah siap semuanya perfect sebab dalam dunia ni takde yang perfect punn, kan?

Enjoy reading yeah!!

BYE^^


Thursday, May 19, 2011

Suree esok habess punye

..Assalamualaikum semua, saya kembali lagi

Heee~ amacam? Ada gaya pengacara hebat tak?? Hahaha. Ada yang nak challenge. Ni baru type je, belum dengar live lagi taw. Kalau dah dengar live sure korang akan terus nak hire aku sebagai pengacara. *Bajett je enn?? huh =.=

Okay, STOPP all the BAJETT thingy AMIRUL. *Kembali humble

Korang nak taw tak? Hari ni aku sibukk je jalan sana, jalan sini. Buat apa lagi kalau tak menghabiskan saki-baki barang yang tak beli lagi. Lebih kurang 5 jam aku keluar beli barang tadi. Dah banyak kedai aku serbu. Hahahaha! Ada kedai yang aku just masuk je, nak buat window shopping dulu. And guess what? Kaki aku dah macam nak patah dah ni. Nasib baik 5 jam je, kalau lebih sure patah dahh. Tak dapat nak pi UiTM sabtuu ni.

bayangkan kalau orang patah kaki macam ni sebab jalan lama-lama pi shopping, seriauu kan?

Dah lima jam pegi beli barang puuun, still ada lagi yang tak beli taw. Bukannya aku tak buat list tapi sebab lain ye. Aku ni memang akan buat list sebelum shopping, takut kalau terbeli barang yang tak perlu je, kan? Haaa, nanti bazir je duit parents aku tuu. Sian kat diorang.

Tadi aku pergilah beli macam baju, tie, seluar. track suit. hemmm, tu je kott. Tu pun dah lebih bajet yang ibu bagi. Sebab tu yang kena sambung esok tuu kalau tak sure dah settle dah masalah tu.

Esok kena jumpa doktor pulak sebab nak amik result medical checkup pulak. Haih, kena datang lagi. Apa yang pastinya esok aku sure akan datang awal sebab nak settle awal. Esok kan Jumaat. So, faham-faham jelahh en, LELAKI..

Okaylah mata dah mengantuk dah nii. Rasanya lepas ni nak terus pi tidoqq. Selamat malam guys and girls :)

Bye ^^

Tak sangka ada nilai komersial

..Assalamualaikum ladies and gentleman semua.

Heeee, Aku kembali lagi menaip entri pepagi buta ni wehh. Dah bosan melayan Fesbuk tuu. Takde orang nak chat atau komen post akuu tuu. Over enn?? *Mengharap ada orang nak layan dialahh tuu

Okay, kalau korang nak taww enn, aku adalah terbaca paper metro taw yang bertarikh 18 MEI yakni semalamlah enn. So, bila terbaca tu terselaklah pulak kesah Mona Fendey nii. Haaa!! Korang kenal tak?
Alaa, Kes jenayah antara yang terdahsyat penah jadi kat negara kita ni. Kena kerat 18 bahagian, dahsyat gilaaa, takut akuu. Lagi teruk dari ayam. Ayam pun kena kerat 14 bahagian je. Kan kan kan? Betulkan aku kalau salah ea.

Happy je enn muka encik dan puan ayam ni.. Heee~

Apa kes dengan mona fendey ni? Bukan ke dia dah kena hukuman 18 tahun dulu? Haaa, sure korang akan tanya soalan tuu enn? Kalau korang nak taww, lokap dia dekat pahang tuu BERHANTU KOT. Haaa!! takut aku. Ngeri, seram sejuk semua ada. Itu baru je membayangkan, kalau aku kat situu, tahlahh. Hahaha. Pengsan kot, takpunn demam lama-lama sebab takut gilaa.

So, pengakuan ni memang dibuat sendiri oleh pegawai polis yang berugas kat sana taw. Jangan main-main ye. Aku bukan mereka cerita kartun kat sini. Cerita betul ye adik-adik. Aku berani kerat kuku kalau cerita ni salah youuu. Kuku je taw. Heeee~

So, sebab dah berhantu tuu, lokap tuu dah tak digunakan lagi takutlah kena serangan ke apa en. So, polis-polis ni bercadang untuk jadikan lokap tu sebagai lokasi pelancongan. What?? Biar betull enn. Lokasi pelancongan tuu. Korang nak pegi tak? Kalau aku sure tak nak sebab takut kena kacau wehh.

Bende ni diadakan sebab nak jadikan tarikan kat pahang nilah. Itu kata kat surat kabar je. Aku tulis balik je. Katanya nak jadi pelancongan seram gitulahh ye. Nampaknye eleman seram dah mula menjajah minda semua orang dah nii.

Heee~ Tujelah untuk pagi ni ye. Mata pun dah kuyu dan luyu. Maknanye, teman kena masuk tido dulu sebab esok nak pi shopping. Abeskan beli barang. 

Okay peeps. Enjoy your reading yee. Bye^^

Wednesday, May 18, 2011

Aku tidak star

..Assalamualaikum semua =)


First of all, aku nak mintak maaf ye sebab aku tak boleh nak reply any of your comments on my post. I'm really sorry. Taktaw napa tak boleh nak tekan butang reply tuu. Aiseh mann, ruginyaa.. Takpelah kan, mungkin takde rezeki kot. Lately kalau korang perasan en, blogspot ni macam ada problem je ouhh, especially blog aku ni, tahlah malas nak pikiaq banyak-banyak.

That is not the major "saya tidak star" ye.. heeee =)

Sebenarnya, this post khas untuk welcome sorang lagi kawan aku yang baru je buat blog nih taw. Aku memang suka nak welcome kan orang kat dunia blog ni. *Bajet baik je =.=


Actually, dia ni aku kenal kat FB je punnn. So, we really haven't meet in person yet. Tapi dari perwatakan dia ni aku rasa dia ni pun macam aku jugaklah ye gamaknye. Macam gila-gila sikit KOT. Again we can't predict people until we meet them, then only we know the real COLOUR.. KAN??

So, takyah lah nak bebel panjang-panjang enn, soooo jom kita terjahh blog dia jommm!!


Jadi, ringan-ringankan tangan korangg nak pegi blog dia ni ehhh. Ni bukan paksaan punn, ikut koranglah yee.

P/S : Ini adalah siaran iklan berbayar ye, tapi secara ansuran.. Heeeee~

        Kepada yang berkenaan, jangan marah yee, I'm just trying to help youu a little bit. Heee~

Tuesday, May 17, 2011

countdown to saturday

..Assalamualaikum salam satu malaysia bloggers.

Aku geram betul tadi, ada ke patut internet buat hal. Ishhh, geram gilalah sampai nak update blog pun susah. Ish3. Jom kita bebel banyak-banyak kat blog ni, walaupun tak de orang nak baca kan? Heeee~

Nak dijadikan cerita, tadi aku pergilah membeli-belah. Alaaaa, barang-barang macam sabun-sabun tuu je punnn, nak kepoh apa kan? Hahaha. Cakap sorang-sorang depan laptop.

Nasib baik ibu temankan pergi beli, ramai kott orang tadi, tawlah hari ni cuti umum. Haih, orang Malaysia ni memang rajin en, time hari cuti pun still keluar jalan-jalan lagi. Masyuk kott. Bagi sikit boleh?? Heee~

Cakap pasal duit ni, memang betapa banyaknya duit yang keluar tadi, bak kata orang macam air mengalir je. Beli barang tadi pun ada lagi yang belum beli. Still akan diteruskan lagi khamis ni. Esok cuma nak gi stamping je kat pejabat hasil tuu untuk elaun. Hoyeahh!! Kerajaan baik sebab bagi budak-budak asasi elaun. TQVM kerajaan MALAYSIA!! Yeah ^^

Nasib baik tadi sempat pegi beli buku federal constitution kat pustaka minerva tuu. Kedai kedua aku masuk, nasib baiklah ada. Ingatkan buku tu saiz macam normal, tapi mini saiz je, yang kompak tuu. Nak tengok tak?

aku beli dua sekali, version bm & english

Macam tulah bukunya, kecik and comel je. Punyalah susah-payah aku nak cari sampai kena bongkok-bongkok cari kat bookshelf, rupa-rupanya ada kat meja display. =.=
Nasib baik uncle kedai tu ada, kalau tak dah bongkok sabutlah aku ni macam udang lepas kena goreng.

i likeee sambal udang!!

Gambar kat atas tu saje je sebagai hiasan ea. Jangan terliur pulak tengok, kang tak pasal-pasal basah laptop korang. Kalau rosak jangan cari aku ea. Aku tak bertanggungjawab. Heeee~

Okaylah, sampai sini je dulu ye. Esok ada urusan lagi. Sibuk memanjang je aku ni mengalahkan PM kita youuu. Hahahaha. Okaylah, jemput baca ye..

Bye koranggg ^^

Monday, May 16, 2011

hari busy, surely belomm habes lagi

..Assalamualaikum peeps^^

Hadoiii. Hari nak memang aku sibuklah gamoknyee. Dok pi sana, pi sini. Abes semua tempat aku terjah hari ni. Hospital, bank islam. Hahaha. Ghasaklahhhh. Ni semua sebab nak masuk universiti sabtuu ni. Well, sama ada korang perasaan atau tidak en, bila kita dapat offer mesti parents kita happy sangat-sangat. Aku memang perasan semua tuu. Thanks ibu, ayah, nenek. Along hargai semua jasa-jasa tuu. Well, hari ni ibu sanggup amik cuti sebab nak temankan aku buat medical checkup kat GH.
Lebih kurang camnilah yee gambarannye. One happy family at home!!

Dahlah ramai orang kott kat GH tuu, kemain penuh lagi tempat daftar tuu. Siap main tolak-tolak taw you alls. Ingat kat gelanggang sumo ke huh? Hahaha.

Wah, bayangkan kene tolak dengan orang sebesar ni.. Melayang jauh kott. Heee~

Gambo tuu sebagai hiasan je ye. Jangan korang pecaye pulakk. kang tak pasal-pasal aku kena ngan korang pulakk. Heee~
Lepas gi medical checkup tu, apa lagi tros gi bank islam nak bayar yuran pendaftaran, memang tak payah cakaplah ramai bebenor yg nak masuk UiTM tuu. Macam reunion pulak pun ada gak. *Belum masuk lagi nak ada reunion bagailah budak ni.

Seyes aku cakap urusan sehari memang tak cukup kott,esok nak pegi beli barang-barang pulak. Maybe akan sambung hari rabu kott. Shopping spree lagii. Hoyeahh!! *Beli barang keperluan je pun, nak excited terlebih pulak =.=

dahlah ek, aku dah letihh dah ni. Esok aku sambung type entri ye korangg!!

PEACE YAWWW^^

Blogger support blogger. Wajib support!!

..Assalamualaikum pagi semua =)

Entah kenapa tah pagi ni galak pulak au menaip entri kat blog nih. Wahahahaha. Dah lama kot tak update blog.
Here goes my second entri of the day guys =)


Hari ni time blogwalking, tetibe je nampak satu enti dari blog AN NABIHAN pasal segmen ni. Rasa teruja sangat-sangat sebab kita ni kan blogger baru, jadi dengan join bebanyak segmen ni akan mengeratkan tali silatulrahim antara blogger-blogger semua, tak gitu?

Kalau setuju, angkat tangan macam saya ~

Korang nak join? Senang je, klik je kat banner tuu and baca syarat-syarat dia kat empunya blog tuu ea. Oklah, aku nak out dulu guys.

BYE ^^

selamat hari guru

..Asslamualaikum and morning bloggerss!!

Hari ni hari gurulah. Heeee~
Aku eh, salah pulak. Saya nak ucapkan selamat hari guru buat semua cikgu-cikgu saya dari tadika lagi sampailah ke sekolah menengah. Terima kasih banyak-banyak cikgu kerana didik saya ni.
*Tone kenelah sopan and baik je, no aku aku ye adik-adik, nanti kene babab dengan cikgu baru tawww. Hahaha. Teringat zaman kecik-kecik dulu.

Terima kasih cikgu!!

Wednesday, May 11, 2011

merajuk membuahkan hasil

..Assalamualaikum semua =)

Haaa, nampak tak title kat atas tuu? Yes!! Aku merajuk kot. Akhirnya merajuk ni membuahkan hasil yang woww jugak dekat aku. Terima kasih wahai cik nuffnang. Yessss!! Earning kau dah meningkat kot dari bape sen tah ke bape ringgit beb.. Wowwwww!! Harap-harap lepas ni naik lagilah ye earning aku tuu. Aku belum dapat BE lagi dari cik nuffnang ni. Harap-haraplah cik nuffnang ni bermurah hati nak bagi BE kat blog aku lepas ni. Boleh kan cik nuffnang??


SAYA SAYANGGG NUFFNANG!!!

Nota kaki : Lepas ni nak merajuk lama lagilah, mana taw boleh dapat earning banyak ke en, tak pun dapat BE. Lagi masyukk. Shhhh, jangan heboh kat cik nuffnang ni taww. Hehehehe =P

cop

..Assalamualaikum and morning peepssss!!

Dah lama aku menyepi tanpa sebarang entri kan? Blog aku bukannya ada orang baca pun, kan? So takyahlah aku galak post belambak entri sekadar untuk aku baca sendiri. *Emo tak semena-mena =.=

Pagi lagi aku dah galak menaip entri kat blog picisan ni kan. Aku baru jaa balik dari sekolah lama aku, bukan yang kat penang tu eaa, NALAA jauh cheq nak pi. Aku baru balik dari sekolah lama sebab nak mintak cop pengesahan untuk semua dokumen-dokumen penting nak masuk U nii.

Alolo, dah besaq dah budah ni. Hehehe =P
Pegi je sekolah belum sempat nak pi pejabat lagi dah ada yang tegur, aku ingat orang tak cam aku dah, rupa-rupanya ada jugak yang cam budak pendiam ni. Ramai juga cikgu yang tegur aku, semua tanya dapat mana. Aku cakaplah aku dapat UiTM Shah Alam. Guess what?? Semua expect aku akan sambung bidang SAINS lagi. 

"Errr, takdelah cikgu, saya dapat offer buat asasi undan-undang"


Wajibb ke semua budak sains akan belajar sains sampai bila-bila? Tak kot. Aku nak ubah persepsi semua orang yang ortodoks ni. Haih, ce ubah pemikiran tu ye =)
In fact, aku happy dan akan jadikan bende ni cabaran untuk aku. HOYEAH!!

Doakan aku berjaya ye kawan-kawan!!