Guess Of Honour

Thursday, March 31, 2011

I'm overdose and addicted

..Assalamualaikum dan selamat malam

Gosh, what a title, kan?
Mesti korang dah terfikir yang bukan-bukan en?
Ish3, dirty minded betullah.
Takkan a "good-guy" like me would do such a thing, kan?
Well, I'm not that good, mana ada orang yang tak pernah buat jahat kan? Well, yes!! Mana ada.
Okay, sejak kebelakangan ni, aku dah addicted dengan blog..
hehe ;p
well, tahlah macam mana boleh jadi addicted pun tak taw.
Dulu, I'm an FB addict, now blogger addict pulak.
haih =.=
apa nak jadi dengan budak sorang ni??
tahlah, no comment lalala..

makan blog, tidur blog, minum coca-cola :p

Wednesday, March 30, 2011

Interview session

..Assalamualaikum kawan-kawan.

sigh =.=
penat hari ni, bukan apa baru je attend interview hari ni dekat semua house jalan masjid india.
Interview hari ni memang memenatkan, bukan apa, sampai office pukul 12 masuk untuk interview around 3.30 lah kot, if i'm not mistaken, so that means 3 jam tunggu. WTH!!!
Haha, memang kalau aku tak sabar tadi, memang dah cau dah, selamat jalan romeo. Haha, teringat kat lagu tu ;p

Okay, kat sana tadi seriously aku jumpa bos yang sangat particular. Well, majikanlah katakan. They always want something the best for their company, kan. It's a profit making business. Well, I came there for tele-sales executive post. Nak try je sebelum masuk universiti coz dah bosan duduk kat rumah macam zombie. Haha, itu bak kata sorang kawan yang dah terlampau bosan kat rumah. =.=
samalah macam aku ni, sigh =.=

Okay, tadi aku jumpa macam-macam jenis orang, even orang ada degree pun aku jumpa juga. Well, orang kata some person who is highly educated ni man with few words. Well, betul ke? tahlah.
Okay, sebenarnya kerja ni taklah susah pun, kerja dia kita kena promote produk TM through phone je, well kita kena call orang lepas tu iklankan je. Well, kalau cecah target akan dapat 45% comission, kalau tak cecah target still akan dapat 30%. Menguntungkan? Yes!! Sangat-sangat kot. Basic gaji je dah RM1200 to RM1500, tu semua ditentukan melalui prestasi interview, so be well prepared yea.

Ada sorang staff cakap, nama dia J. Dalam sebulan paling banyak sales yang pernah dicecah oleh sorang staff ialah 12K. Well, i'm quite amazed. Paling sikit, 2K only. Tu baru comisson okay, belum masuk basic lagi. Well, memang masyuk kalau dapat. Tapi, dah sejak azali lagi, kalau nak employed orang mesti employer akan ambil orang yang dah ada work experience kan? Eventhough cakap english pun macam ..., it's okaylah faham-faham sendirilah ye. Tapi, asal ada pengalaman pun dah cukup dah. And yes, i din make it to the second interview sebab aku tak ada experience dalam tele sales ni. Tak apalah, rezeki ada kat mana-mana. Allah dah tetapkan rezeki hamba-Nya. Tak perlulah jadi macam orang tak bersyukur nak melalak bagai kalau tak dapat sesuatu becoz everything happens for a reasons and hell yeah aku bersyukur sebab dapat gain experience attend interview hari ni. Thanks ayah coz beri peluang.

Monday, March 28, 2011

new hope =)

..Assalamulaikum dan selamat malam =)

Weeeee~
Hari ni blog aku memang meriah batul dengan post yang belambak-lambak, okay i promise u that this will be my last post on this blog for today, hopefully. Hehehe ;p

So, nak taw satu cerita tak?? Excited nak bagitaw you all nih. Haha. Excited terlebih ;p
Hari tu, aku pergilah satu blog ni nak tengok satu cerita. Wah!! Blogwalking. Sambil blogwalking, sambil tengok movie. Wow!! Kill two bird with one stone. Ooopps, berperibahasa pulak dah, aku memang kaki bebel =.=

Okay, berbalik kepada cerita tadi, hari tu sebenarnya tengok cerita khurafat. Ketinggalan zaman betul, cerita dah berabad keluar, baru nak tengok. Secara jujurnya, aku memang jarang tengok movie melayu kat pawagam, tunggu keluar tv jelah. Okay, actually nenek yang nak tengok cerita tu. So, aku searchlah movie ni sampai jumpa blog ni. Actually, cerita yang digembar-gemburkan seram tu, taklah seram sangat. Well, aku tak takut pun tengok movie tu. Tapi, movie ni ada pengajaran yang baguslah, almaklumlah masyarakat kita kan macam dah addicted dengan bomoh dan kepercayaan karut-marut ni. Well, boleh tahanlah movie ni.


Um, actually ini bukan tujuan utama aku nak post entri ni. Well, tadi aku baru je check markah merit aku, okaylah at least layak untuk ke ipta. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Thanks to Encik Shahrul Nizam. Credits to him. Well, dia yang tolong kirakan untuk aku since aku memang tak reti kira. Okay, tadi ayah ada bawa seorang penumpang, kebetulan dia ni kerja kat JPA. Well, ayah bagitawlah pasal result aku and hajat aku nak amik medic kat ipta nanti. Dia kata result aku strong. Well, itu dah menjadi indicator bagus dah. Sekali lagi, syukur alhamdulillah. Harap-harap sangat dapat sambung course ni. Okay, dia kata kalau lelaki apply memang senang dapat and dia kata tak ramai guys yang dapat result macam aku. Well, result aku ni bukanlah hebat sangat pun. Agak bangga bila ayah cakap macam tu. Tapi, perlu ke?? =.=

Syukur jelah, kan? Okay. Dia kata kalau perempuan dapat straight pun still persaingan hebat. Kalau lelaki dia kata senang dapat. Well, kita cuma boleh merancang, tapi Allah yang menentukan. Aku sentiasa berdoa. Guys, tolong doakan aku sekali, kay. I really need your support. Doa untuk sekali, kay.

Lastly, goodnite amigos =)

Dengki =.=

..Assalamualaikum again =)


Hehe, been busy posting today. Well, sekarang post aku ni berkisar tentang bab dengki pulak. Ha, tak tahulah kenapa, tapi aku rasa orang melayu ni memang tak boleh lari dari sifat dengki, kan? Entahlah, dengan semua benda pun nak dengki. Kenapa ye agaknye?

Mungkin dah menjadi norma dalam diri masyarakat kita agaknya, kan? Well, aku dah banyak kali go through pengalaman orang dengki ni. Well, practically bukan aku yang dengki, tapi aku yang jadi mangsa dengki orang lain. Sigh =.=

Entahlah. Well, untuk golongan pendengki ni, janganlah duk sibuk nak mendengki sangat dengan orang lain. Mind your own business, okay. Just step out of other people's life and be happy with whatever you have. Bersyukur. You need to learn that.

Tanggungjawab

..Assalamualaikum dan selamat petang guys and girls =)

Okay, here goes my second post of the day. Tanguungjawab. Entah kenapa, aku terlintas untuk post pasal benda ni. Post aku kali ni bukan something yang personal ea. It's about my opinion je. Just sharing a piece of my mind to you guys. Walaupun aku ni just lepasan SPM, tapi aku rasa aku berhak untuk bersuara.



Okay. Tanggungjawab ataupun responsibility dalam bahasa inggeris ni bermaksud kewajiban yang dipikul oleh seseorang ataupun segala yang wajib ditanggung. Well, what the hell yang aku merepek ni? Well, dalam pengamatan aku, aku nampak yang kita semua ni semakin lalai dengan tanggungjawab kita. Some tu, aku ada rasa terkilan juga tengok ada yang mengabaikan tanggungjawabnya depan mata aku. Sigh =.=
Apa nak jadi ni? Kalau nak cakap pasal bab tanggungjawab ni memang tak sudah seminggu aku membebel kot. Almaklum jelah, aku ni memang kaki bebel weh. Kita takkan dapat lari dari word ni. Tanggungjawab terhadap diri, terhadap ibubapa, terhadap keluarga, terhadap masyarakat, terhadap Allah, terhadap agama dan macam-macam lagi. Well, aku cakap macam ni tak bermakna yang aku ni sempurna sangat-sangat okay. It's just that, aku perasan kadang-kadang yang some of us terlepas pandang hal ni. Well, harap sangat yang lepas ni kita semua akan lebih sedar pasal hal ni, okay. Harap dapat mengubah diri menjadi yang lebih baik in the future.


Wow!! Seriusnya aku ni. Sekarang ni aku semakin dewasa and I realize that things are changing and they will not stay the same forever. Well, lepas ni nak post lagilah? Boleh tak? Well, agak addicted dengan blog hari ni since dah lama tak post. Okay. Wait for my next post guys.

Hi again..

..Assalamualaikum semua =)

Sorry coz lama tak post sebab masa mencemburuiku. Lately banyak pergi rumah cousin coz ramai yang sakit. Btw, now I'm a pakcik dah. Cousin dah melahirkan seorang anak lelaki yang comel. Mohammad Raihan Qayyum. Welcome to the family bro. Haha. Hari ni pun curi-curi online. Hehehe. evil, kan? It's okay. Nak bagitaw dulu, hari ni banyak entri yang akan aku post since aku dah lama tak post entri kat blog ni. So, beware yea readers.

Friday, March 25, 2011

Semangat baru!!

..Assalamuaikum and selamat malam again.

Wahaha, my hands are practically active tonight to type whatever I feel right to tell you guys. Well, sehari dua ni aku rasa aku dah dapat semangat baru. Wow!! I feel really motivated!!



Well, macam biasalah. Sehari dua ni I'm quite busy mengisi borang untuk mencari sponsor. Well, I do want to further my study. That is my main agenda after SPM. Petang tadi aku trylah buka laman web apatah, dah lupa link dia tapi kat lama web tu ada syarat nak masuk semua IPTA dalam Malaysia ni. And guess what??
Aku layak mohon  SAINS HAYAT..
Alhamdulillah, akhirnya impian yang aku impikan dari dulu insya-allah akan jadi kenyataan, hopefully. Selalu doa dapat sambung medic kat university nanti. Well, lepas taw je yang aku ni layak, aku rasa lagi bersemangat nak sambung minat aku tu. Well, my parents memang dah bagi green light untuk aku. Alhamdulillah. Bagi aku, aku just cuba je apply semua benda, kalau dapat itu satu rezeki, kalau tak aku redha je. Eventhough dulu ada simpan cita-cita nak jadi chemical engineer, tapi parents lagi beri dorongan untuk jadi doktor. Well, kalau boleh tu memang nak sangat jadi doktor and especially pakar dalam bidang neurology. Guys, doakan aku ea. Hahaha. I'm going to move further beyond my dreams.



"big risk taker is the bigger success maker"


Congratulations!!!!

..Assalamualaikum dan selamat malam kawan-kawan.

Hari ni satu berita gembira telah aku dapat, and I'm very happy but a bit dissapointed at the same time. How come? Well, korang ingat tak hari tu aku ada buat satu post pasal scholarship kat MSU? Well, ingat ke tak, I'm still going to tell you. Sebenarnya, tadi aku dapat satu call dari seorang akedemik kaunselor dari MSU, beliau berkata yang aku dapat scholarship tu. Aku pun wow!!! Betul ke saya dapat?? Memang terkejut gilaa kot. Dia kata, betul anda terpilih untuk scholarship ni. Tapi, setiap yang indah pasti tak akan kekal lama. Guess what? Dia kata, the scholarship only covers 25%  of my fees for only the first semester je. I'm like, What???
How could that be?? Dia bagitaw yang semua ni mengikut panel temuduga. sigh =.=

Kalau 25% tu dia akan deduct around RM 3000 only. Sigh =.=
Tanya pendapat ibu, ibu kata tak payahlah, yuran dia mahal sangat. Tunggu IPTA jelah. Aku pun kata okay jee.
Aku yakin lepas ni sure akan ada tawaran course yang lebih bagus lagi, kan?
Well, I'm certain sure of it.
Ada banyak cerita nak post hari ni. Okay, lepas ni nak post lagi. Just wait and read, okay..

Thursday, March 24, 2011

Thank You ALLAH!!

..Assalamualaikum semua kawan-kawan..

Satu kata yang terucap tatkala tanganku yang menggigil ini menyambut sekeping kertas dari seorang guru ialah
"Alhamdulillah, syukur"








Hanya kata-kata itu saja, cukuplah untuk menggambarkan betapa syukurnya aku dengan apa yang telah aku perolehi.

Sesungguhnya aku amat berterima kasih kerana telah diberi peluang untuk menduduki peperiksaan SPM ini, dapat bersama-sama semua rakanku untuk struggle dengan pulun sebelum SPM, dapat bersama menikmati kejayaan di muka bumi ini, dapat bersama dengan mereka di puncak kejayaan. Semuanya berbaloi. Alhamdulillah, syukur.


"big risk taker is a bigger success maker"
Nilah moto hidup aku yang baru, lepas ni aku akan bangkit kembali. One thing for sure, there's no turning back. Aku yakin ada hikmah disebalik setiap kejadian yang berlaku. So, we'll have to wait and see what will happen.

Sejarah SPM aku dah tutup dah. Lepas ni aku akan teruskan hidup dengan diri dan juga azam baru. Jangan tanya kenapa, tapi aku dah dapat semangat baru. Thank You ALLAH!!

ALHAMDULILLAH!!!!

Tuesday, March 22, 2011

dupdapdupdap

..Assalamualaikum, selamat sejahtera, selamat petang..

errr. Dupdapdupdap. Jantung anda kini berdegup dengan pantas. Peluh mula menitis-nitis. Nadi berdenyut dengan lebih cepat daripada biasa. Terasa semua benda yang dibuat tak kena. sigh =.=




Okay, hari ni aku post petang sebab malam ni tepat pukul 12 malam aku akan bertolak ke Pulau Pinang sebab esok keputusan SPM akan diumumkan. Serius sekarang ni dah dilanda macam-macam simptom tanda ketakutan yang teramat sangat terhadap result aku. Guys, if only you were beside me now. Haih =.=

Okay, esok aku akan ke maktab sorang-sorang. Eh, silap dengan kawan aku sebab esok aku akan bertolak dengan kawan semaktab aku. Esok aku dijadualkan sampai Penang lebih kurang jam 5 pagi. Ini bermakna lagi 5 jam penantian yang akan menakutkan tu. sigh =.=

Memang esok hari yang akan menjadi satu sejarah baru dalam hidup aku, hopefully everthing will turn out to be positive and good. Esok, orang pertama yang akan aku call lepas dapat taw result ialah my mom, lepas tu baru akan call rumah nak bagitaw nenek. Lepas tu, nak jumpa dengan abah homeroom. Can't imagine macam mana nak jumpa semua orang esok. Kalau result okay, tak pelah, kan. Kalau tak, entahlah. Anyway, guys just doakan je ea. Hopefully everything will turn out to be sangat-sangat good. Okay, tahap kemerengan dah melampau, dah ulang ayat ni banyak kali dah. Rojak pulak tu, perosak bahasa betul. Haih =.=


face expression yang diharapkan untuk esok for everyone

Harapan aku ialah harap batch aku kat MRSM BP akan dapat yang terbaik and dapat beat batch last year. GOGOGOGOGO!!! We can do it!! GO 26th BATCH OF BP!! CAIYOK!!


harap-harap esok semua orang akan buat thumbs up, including me :)

do wish me luck for tomorrow okay. sangat-sangat takut to face tomorrow's reality. tomorrow's result will change my future 360 degree.
..Assalamualaikum semua kawan-kawanku..

Post kali ni memang betul-betul ke arah di ambang sebelum result SPM. Hari tu ada seorang kawan hantar sms kat aku pasal amalan yang kita patut lakukan sebelum ambil keputusan SPM ni, so I'm here to share this to all of you, hopefully bolah membantu hilangkan rasa gugup nak ambil result tu.

Sebelum anda pergi mengambil keputusan, amalkan membaca:
1-surah al-fatihah
2-ayat kursi
3-surah al-ikhlas (7x)
4-surah al-alaq (3x)
5-surah an-nas (3x)

Lepas tu, anda berdoalah dengan nama ALLAH dengan rasa rendah diri & mintalah kejayaan sebagai seorang muslim. Selepas tu, mulakan langkah anda ketika masuk sekolah dengan kaki kanan. INSYA-ALLAH, kejayaan akan jadi milik kita semua dengan keizinan-Nya.

AMIN YA RABBAL ALAMIN

Semoga amalan ini boleh membantu anda semua. Amalkan dan sentiasa berdoa kepada-Nya. He have the best for us. I deeply believe in that. Okay, nak tido dah ni, mengantuk. Going off.. 

Sunday, March 20, 2011

Interview Day :)

..Assalamualaikum, again..


Okay, dah terang-terang yang kat atas tu logo MSU. Apa kaitan dengan post aku ni? Okay, sebenarnya tadi aku ada interview kat MSU. Interview tu memang untuk buat foundation kat MSU. President Scholarship Award. Limited places only.

Aku dapat taw pun sebab aku pergi MARA Education Carnival kat PWTC, ada seorang caunsellor MSU cakap yang lepas graduate dari MSU ni senang dapat kerja, lagi-lagi dalam bidang sains kesihatan. Actually, dulu-dulu memang aku nak jadi doktor pun, pakar dalam bidang otak. Tapi, tah macam mana cita-cita aku boleh bertukar jadi chemical engineer entah. Aku sendiri pun tak taw. Maybe sebab result Biology yang tak berapa bagus kalau compare dengan chemistry & physics. Okay, stop semua ni!!

Aku nak cerita situasi time interview tadi ni. Kat sana, macam biasalah kan, ramai gilaa budak pandai datang. Aku pandang sekali pun dah taw dah. Fail Clear Holder diorang tu, alaaa tempat yang diorang simpan sijil tu tebal nak mati, tak cukup dengan tu, bawak sijil fotostat pulak tu. Fuhhhh.. psycho je semua tu.. Again aku jumpa budak-budak MRSM dengan budak-budak Alam Shah.





Okay, macam mana aku taw diorang dari MRSM or Alam Shah?? Haha.. Aku dapat rasa aura diorang laa..
Masa diorang tengah berborak, aku terdengarlah, pastu diorang adalah sebut nama sekolah diorang. Aku sampai agak lewat sikit, tapi interview belum start lagilah. Fuhhh, selamat..

Okay, masa tengah tunggu time nak masuk bilik interview tu aku sempat juga jenguk-jenguk muka budak-budak pandai ni, fuhhh, memang muka budak pandailah.. weeewittt~
Aku rasa kerdil oww kat situ.

Masa aku kat maktab lagi, Cikgu kaunselor ada bagitaw yang masa interview, budak MRSM akan tenggelam compare dengan SBP. Ye ke?? jawapannya, memang betul pun!!
Tadi kat dalam bilik interview, ada sorang lelaki ni, dia nampak macam india. Cakap english pun fasih nak mati. Memang matang idea yang dia bagi. So, aku tak harap sangatlah nak dapat. I'm just trying my luck je. Dapat aku pergi, tak dapat it's okay. So, berbalik kepada mamat ni, dia ni memang aku tabik habis-habisanlah. Dia hebat, budak Alam Shah. Lepas interview baru aku taw, yang rupa-rupanya dia ni Malay. Cara dia cakap, fuhh.. matang habislah.. Dalam hati aku, aku cakap.. "Wow!! hebatnya kau ni"
Memang bakal dapatlah. Tapi entahlah, ni semua rezeki masing-masing kan??

"Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu?"

So, mengambil iktibar dari cakap kaunselor MSU hari tu, sekarang ni kita kena pilih bidang yang memerlukan perkerja, bukan ikut minat. So, parents aku dah bagi green light untuk aku ambil medic balik. Chemical engineering tak menjamin kerja lepas graduate nanti. So, motto hidup aku sekarang ni senang je, GRAB AND GO!! Kita ambil peluang and cuba untuk dapat. Kalau fikir-fikir balik, offer yang aku dapat tu mostly kerajaan nak taja. Kenapa kerajaan nak taja?? Sebab diorang critically nak pekerja dalam bidang tu. So, why not kita ambil je offer tu. Sekarang ni bukan zaman memilih bidang yang kita minat, tapi rebuat peluang untuk dapat kerja lepas graduate. For sure, aku and korang pun taknak menganggur lepas graduate, kan? so, aku dah ambil langkah pertama dah. Just that doakan aku je, kay. Harap-harap ni keputusan yang terbaik untuk aku and family.

Saturday, March 19, 2011

adventure :D

..Assalamualaikum kawan-kawan..

Hari ni merupakan hari yang sangat-sangat adventure untuk aku. Kenapa? Taklah, actually, hari ni aku ada interview kat Shah Alam. Bukan interview nak mintak kerja ea, ni interiew untuk dapat biasiswa nak buat foundation. Dulu pun ada dapat, tapi aku reject, kali ni aku nak ambil opportunity ni. Peluang keemasan, kan?

Sebenarnya hari ni aku travel dari Ampang ke Shah Alam sendiri. Fuyooh!!! Hampeh =.=
Itu pun nak bangga, ke?? haiz =.=
Okay, balik ke tajuk asal..

Sebenarnya, hari ni aku naik banyak sangat kenderaan taw. Mula-mula LRT, lepas tu Komuter, bas and last sekali teksi.

Yang part komuter tu aku bangga sikit sebab dah bertahun aku tak naik komuter, takut sesat jelah. Last sekali aku naik, masa aku kecik. Itu pun naik dengan family pergi Seremban. Dah lama kot.


Wajah KTM tak pernah berubah dari dulu, kan?


Apa-apa pun, pengalaman hari ni memang menakjubkan. Nak taw kisah interview day tak?
Aku akan post dalam entri lepas ni, okay..
: D

Friday, March 18, 2011

menghitung hari..

..Assalamualaikum again semua.

Ni post aku yang kedua untuk hari ni ye. Since aku memang dah lama tak post, rasa rindu pulak kat blog aku ni. Tapi, aku takkan post banyak-banyak. Maybe dua post je kot.

Well, aku rasa korang semua dah tahu yang result SPM kita ni is just around the corner je kan? Lagi 5 hari je lagi. Tapi, aku rasa macam baru semalam je aku habis jawab paper Biology. Walaupun kerajaan melalui kementerian pelajaran tak umum secara live lagi, tapi aku ada terbaca kat nst online pasal berita ni. Bila time dah tahu je result keluar bila memang malam tu tidur aku tak lena  langsung kot. The same thing happen during nak amik PMR result, malam tu memang tak boleh tidur langsung beb. Takut punya pasal, kan? Haha. Kuat betul kuasa perasaan takut ni. But then, malam tu naluri ibu kuat bagitahu yang kalau aku tak dapat 8 pun, paling-paling aku dapat 7. At last, bila pergi sekolah memang betul. Aku dah nampak dah apa yang orang dok kata naluri keibuan ni kuat. So, kalau korang nak tahu korang dapat berapa try tanya ibu or mama or umi or mami korang. Sure jawapan diorang akan tepat coz aku dah buat perkara yang sama dulu dan maybe akan buat malam sebelum result SPM keluar.

Aku dah rasa semakin seram sejuk bila hari berganti jam, jam berganti minit, minit berganti saat and saat berganti detik. Sedar-sedar je, dah tiba hari yang menakutkan tu. huh =.=
memang menakutkan bila terkenang balik macam mana menakutkan paper 3 biology. Experiment planning dia tak expect langsung akan keluar soalan tu. Okay, Amirul kau dah buat pun. Nothing untuk dikesalkan lagi.

Semalam aku ada terima satu mesej dari kawan aku, and amazingly bila baca mesej dia ni, hati tiba-tiba rasa tenang je macam dah tak serabut fikir pasal bende result ni semua. So, aku nak kongsi sikit Doa yang di-SMS oleh kawan sekelas aku, Ameer Aiman.

"Bismillahirahmanirrahim.. Ya Allah, berikanlah aku kesempatan waktu untuk memohon dari-Mu.. Anugerahkan Aku kejayaan dalam SPM.. Anugerahkan kejayaan kepada semua teman-temanku.. Jangan ada antara kami yang sedihnya sendirian dan juga kepadaku, andai telah tertulis di luh mahfuz akan kegagalanku maka ubahlah ia menjadi kejayaan.. Engkau Yang Maha Agung, mudah-mudahan A+ untuk semua subjek jadi milik kami.. "


Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Setiap kali lepas habis solat aku akan amalkan doa ni sebab doa ni buat aku rasa tenang je.

Well, kepada sesiapa yang mengenali diri ini, andai aku ada tersalah dengan korang, aku nak mintak maaf okay, doakan kejayaan aku dalam SPM ni. Aku harap akan dapat capai cita-cita aku. Untuk semua calon-calon SPM 2010, aku ucapkan semoga berjaya!! Good luck!!
Walaupun result kita lambat ke, apa ke, semua tu ada hikmah di sebaliknya. Banyakkan berdoa. Itu je terapi yang paling berkesan buat masa ni. Harap doa tu membantu korang untuk hilangkan rasa takut nak ambil result.


Hopefully result kita semua akan hebat dan gempak dan yang pastinya mampu memberi impak kepada diri kita dan juga persekiran coz inilah kunci kepada pintu kerjaya kita nanti.

Thursday, March 17, 2011

you looks familiar to me..

..Assalamualaikum semua!!!

Hari ni banyak yang nak diluahkan dalam blog ni. Okay, jom kita mula bercerita!! ce wah!! bersemangat betul aku ni kan?? Dalam bab-bab ni memang sangat-sangat bersemangat.

Okay, sebelum kita mula, aku nak try tanya satu soalan. Pernah tak korang jumpa someone yang korang rasa familiar sangat-sangat, tapi bila nak tegur je korang rasa dia bukan orang yang korang kenal?? Rumit kan situasi yang aku bagi?? Tapi, lately aku dah mula melalui saat-saat tu dah. Starting dari hari aku pergi kelas memandu hari tu lagi. Okay, cerita dia mula macam ni, lepas je aku habis kelas memandu hari tu, aku terserempak dengan sorang perempuan ni, well, aku rasa dia ni macam aku kenal je. Kalau tak silap akulah, nama dia Ana Hazirah kawan sekelas aku time aku darjah empat, maknanya aku tak jumpa dia lebih kurang lapan tahun. Wow!! lapan tahun tu & aku still cam muka dia lagi. Dia tak banyak berubah pun. Aku macam nak tegur, tapi... haih, entahlah.. Aku takut salah orang je..

Okay, yang kedua baru je jadi tadi. Time aku naik bus nak pergi stesen LRT. Aku terserempak dengan dua orang budak cina ni. Yang sorang tu memang dah sah-sah aku tak kenal, yang lagi sorang tu, macam aku kenal je. Kalau tak silap aku, nama dia Fun Kit Yung, kawan aku time darjah dua dulu, ha!! Lagilah lama kan tak jumpa. Dia ni makin tinggi sikit je, tapi muka still tak berubah. Tapi yang peliknya, masa dalam perjalanan tu, kitorang asyik tengok satu sama lain. Dia macam kenal aku, aku macam kenal dia. Rasa nak tegur, tapi takut salah pulak. So, untuk mengelakkan sebarang kesalahan berlaku, kami buat keputusan untuk tidak bertegur sapa.

Yang ketiga pun jadi tadi jugak time aku kat Low Yat. Aku rasa macam terjumpa senior sekolah lama aku kat sana. Maybe diorang berdua tu tengah date kot. Tahlah, tak nak amik tahu sangat. Diorang tu memang aku cam sangat-sangat. Memang tak nak tegur pun. Even kalau aku tegur pun, sure diorang tak ingat kat aku, kan?

Yang keempat pun jadi tadi time kat Times Square. Masa aku tengah jalan-jalan kat situ, terjumpa dengan kawan sekolah agama dulu. Anis Fashilin nama dia. Haha. Still ingat semua nama. Dia rupa-rupanya kerja kat sana, promoter atau sales assistant kat salah satu kedai baju only for women. Dia just senyum kat aku je. By the way, senyum tu je dah cukup meyakinkan yang dia still ingat kat aku lagi. Haha. Okay, kawan yang baik.


Okay, setakat ni jelah post yang ber-title you looks familiar to me, by the way. Prinsip aku sangat mudah once korang dah jadi kawan aku, selama-lamanya korang still kawan aku.

Monday, March 14, 2011

expect the unexpected

..Asslamualaikum semua boys and girls..

Dah lama dah tak post dalam blog ni, bukan apa, rasa macam tak ada apa yang nak dikongsi dengan korang, yelah since aku dah resign ni kan, aku duk mengangkang je kat astana aku. Acece, ayat tak boleh blah lah. Haha ;p

Okay, hari ni aku nak cerita tentang pengalaman aku semalam, bukan apa semalam first time aku rasa aku keluar nagn hudak-budak maktab aku walaupun dah 2 tahun kawan dengan diorang. Haha, apalah aku ni kan/ Korang mesti ingat yang aku ni kera sumbang, kan? Bukan apa, time diorang ajak keluar je, mesti aku busy tak pun, diorang yang busy. Almaklum jelah, semua orang ada life masing-masing kan. Eh, bebel pulak aku ni.

Okay, back to the main point.. ooppsss, sebelum tu haha, aku baru je tukar layout blog ni. Kira time aku tak posting aku buat background hunting lerr, and and, aku baru tukar lagu kat blog aku.. Haha, bukan apa, sekarang i dah addicted dengan Bruno Mars and Travie Mccoy.. Lagu-lagu diorang memang best gilerr beb, layan seh.. haha.. so, enjoy listening ea. Ni one of my favourite song gak.

Okay, berbalik kepada isu penting yang dari tadi tertangguh.. haha, semalam merupakan pengalaman keluar yang paling best sekali.. haha, bukan apa, semalam memang tak plan nak pegi dua tempat. sebenarnya, nak pegi pwtc je sebab ada mara educatoin carnival, tuptup pegi klcc sekaly sebab ada education fair jugak, tapi kat klcc punye semuanya private dow.. haha, tak mampu nk bayar yuran yang terlampau mahal sangat..

tapi, nasib baik juga pergi KLCC punye edu fair, ada seorang caunsellor dari salah satu university private kata tahun ni jumlah student yang ambil SPM ialah 460,000 orang, tapi UPU hanya akan ambil 60,000 orang je, lgi 400,00 ke mana?.. aku dalam golongan mana?? yang 60,000 ke 400,000?? takut gilerr ni.. huhu.. cuak.. dia pun ada bagitaw jugak yang kerjaya dlm health science memang tengah laku kat malaysia ngan dunia.. meaning that doktor atau apa-apa yang berkaitan ngan medik akan senang dapat kerja lepas study nanti.. so, aku ni dulu memang cita-cita nak jadi doktor pakar neuro, tapi time bila tah aku tukar cita-cita nak jadi chemical engineer.. so, parents aku especially my mom sokong aku untuk amik health science balik, lagipun hari sabtu ni ada interview untuk scholarship and I'm going for it, so guys doakan aku berjaya, kay..

Haha.. okay la, setakat ni je dulu.. minggu ni jadual aku agak pack, so mungkin ada banyak interesting things will happen to me, then aku akan post untuk korang ea.. esok ada driving class, haha, aku dah pass ujian undang-undang dah.. 49/50 tuh.. haha.. aku terkejut gilerr lepas test tuh.. haha.. speechless bila tengok keputusan.. haha.. harap driving class lepas ni intersting, can't wait to get my hands on the wheels.. hoho

Wednesday, March 2, 2011

study vs kerja

..Assalamualaikum semua readers sekalian. Ha, bukan apa, aku cuma teringin nak post entri ni. Bagi aku entri ni tak bersifat personal atau apa, it's just a piece of my own mind je. Orang kata, I'm trying untuk beri pendapat, tu je. Haha. Memandangkan aku ni bekas pelajar dan juga seorang penganggur yang baru je lepas resign kerja, so macam terlintaslah nak post entri ni.

Dear readers, pernah tak korang rasa serba salah bila nak buat sesuatu keputusan dalam hidup?? well, aku baru je melalui saat-saat tu, dan memang perit utnuk buat keputusan sama ada untuk teruskan kerja atau resign je. Hati kata resign je, tapi, aku still tak pasti lagi. Fikir punya fikir, at least aku buat keputusan untuk resign je.

okay, let's stop about my perasaan ni. Entri ni just berkenaan aku nak compare and contrast antara kerja dengan study je. Pada pendapat korang semua, mana lagi best, kerja atau study? Bagi aku dua-dua ada pros and cons sendiri. Contohnya, macam study kan, bila study banyak sangat kita akan mudah tension, tapi kebaikannya, bila results kita baik punya, confirm suka punyalah.. kan?? aku pernah rasalah benda tu..


Bila time sekolah dulu, selalu je cakap kat diri sendiri, yang lepas ni aku akan terlepas dari semua buku-buku akademik. memang tak sabar-sabar nak habiskan SPM.. tapi aku mengaku, itu dululah. sekarang ni, kisahnya terbalik pulak, memang rindu nak masuk sekolah balik, rasa macam nak rewind balik masa, nak back to school balik. rindu dengan suasana kelas, buat homework ngan kawan-kawan, ada study group. macam-macamlah lagi yang berkaitan dengan student life ni.


aku mengaku, dulu aku memang pemalas gilaa nak baca buku, kalau time-time nak exam barulah sibuk nak cari buku. sekarang ni dah terbalik dah, kalau boleh hari-hari nak je buka balik semua buku-buku sekolah. haha. pelik? memang pun. pernah tak dengar satu quotes ni?

"YOU WILL MISS SOMETHING ONCE IT IS GONE"
quotes ni memang mengingatkan aku yang aku rindu semua benda yang aku buat masa zaman sekolah dulu, rindu dengan zaman persekolahan. waaa!! nak balik ke zaman tu semula jumpa dengan kawan-kawan sekelas.

kalau sekarang, masa aku kerja. memang letih lah, lagi-lagi aku kerja kat supermarket besar kan? off day tu seminggu sehari je, kerja pulak 9 jam sehari. haih. yang tak bestnya, penatlah kan? yang bestnya bila hujung bulan, time kita tengok jumlah gaji kat bank. memang best wei, aku dah rasa dah pengalaman tu, bila dapat gaji, mesti rasa nak kerja lagi kuat. haha. gila mata duitan aku ni.


but then, orang kata duit bukanlah segala-galanya, tapi segala-galanya perlukan duit. indirectly, money is everythinglah, kan? haha. pelik tapi benar. kalau tak ada duti, you are totally nothing in this world.


apa-apa yang korang nak buat pun, semuanya ada kebaikan dan keburukannya yang tersendiri, tak kiralah apa-apa dalam dunia ni, semua ada baik dan buruknya. so, buatlah pilihan yang terbaik dalam hidup korang.
whatever it is, just enjoy your life to the fullest and do whatever that can make you smile and happy!!

Tuesday, March 1, 2011

I'm free!!

..hari baru, bulan baru, hidup baru, kerja baru?? ha? kerja baru.. bukan apa, i just resign from my job as a cashier. last day aku kerja 27 haribulan. so long, jusco!!
banyak yang aku belajar time jadi cashier ni, salah satunya ialah bersikap jujur dan amanah ketika menjalankan kerja anda. tiap2 hari, aku pegang duit nak dekat 100 ribu lebih, boleh je nak curi, tapi berdosa nanti, tak baik taw. perancangan lepas ni?? janganlah tanya lagi, of coz la akan balik ke rutin harian biasa semula,
lepas subuh tido sampai pukul berapa tah, makan + online jer. haha. itulah life aku sebelum kerja hari tu, but then aku akan habiskan lesen kereta aku, aku nak booking next monday untuk buat computerized test, kalau past, petang tu terus gi kursus pra-L. biar express sikit. kan? jimat masa aku sikit.
apa-apa pun, gaji bulan ni okayla, dapat gaklah aku merasa duit titik peluh sendiri. haha. aku dah besar dah. so, kalau tak ada benda nak di buat, memang aku akan posting banyak benda kat blog aku ni lah. haha. so, be well prepared, kay. okay, nak out dulu, nak tido dah. letih + mengantuk ni.
Assalamualaikum.

Sanctum

..hoho, Assalamualaikum, guys..
it's been a while since i last posted on my blog, kan?? well, masa tak mengizinkan untuk aku posting. by the way, hari ni nak kongsi satu cerita yang definitely best sangat2, n i suggest korang sume gi tengok movie ni kat cinema, tak rugi langsung. i just went earlier, tengok 3-D lagi. my first time experience tengok cerita 3-D taw. haha, batak gilaa aku ni, kan.

tadi aku gi Times Square ngan kawan-kawan BEKAS tempat kerja, aku. actually, kami plan ni last minute taw, semalam kot plan, haha. aku ajak diorang, aku katalah nak gi tengok movie, kebetulan hari ni off day diorang so, bolehlah kan?? haha, kami actually memang tak plan nak tengok movie apa-apa, sebab tak ada movie baru best yang keluar, kan?? semua main pilih je movie tadi, but then memang berbaloilah, kan? citer tu was really best taw. kami tengok 3-D, agak keterlaluan kan? tak taw citer best ke tak, main tengok je.

sanctum ni diarahkan oleh James Cameroon, alaaa, pengarah movie Titanic ngan Avatar tu lah. citer dia sumenye best, cume Avatar aku tak sempat tengok sebab time movie tu release aku still kat maktab, so can't go for a movie. haih. =.=

citer dia mengisahkan pasal cave explorer, alaa, orang yang gi gua untuk explore gua tu lah, dalam ekspedisi tu, barulah macam2 yang terjadi, dan yang paling bestnye, bila anak mula mengenali ayahnya yang dianggap kejam dan jahat. at first, starting dia boring giler taw, tapi bila dah sampai kat gua esa-ala memang amazing. diorang shoot movie ni kat papua new guinea. cantik taw scenary dia. okay, tak nak cerita lebih2, nak korang gi tengok sendiri, sure takkan meyesal punye.


Yang ni official poster untuk movie ni, cool kan?? really like the background, dalam air. wow!!


Salah satu scene dalam movie ni, time ni memang cemas, semua orang panik, termasuklah penonton.


Meet the hero of the movie, yang kat sebelah kanan korang tu, watak utama, nama dia Josh yang kat sebelah dia tu ayah dia Frank. macam-macam yang Josh taw pasal ayah dia melalui cave exploration ni.

"THE ONLY WAY OUT IS DOWN"
tagline movie ni, cool kan??

well, i really suggest that you guys out there should see this movie, by the way and not to forget, movie ni untuk 18 tahun keatas je, yang masih 17 tu bawa bersabar ye. bukan apa, dialog dia tu banyak bahasa kasar. tak adalah scene yang ehem2 tu pun..