Guess Of Honour

Monday, January 31, 2011

aktiviti cuti..

...Urm, hari ni aku cuti, so this is the summary of things that I do for today..
1-bangun lewat gilaaa, almaklumlah dah 3 hari ot kan, so nak cover penat balik.. huhu ;p
2-pergi bank nak buka akaun maybank untuk gaji february nih, hari tu je hr dah tanya bila aku ank buka akaun, so aku pun bukalah hari ni, since aku cuti..
3-online + tv je..

sepatutnya hari ni keluar ngan kawan, but something went wrong, so maybe nest time guys..

haha, biarlah maybe tadak rezeki kot.. esok aku masuk tengah hari, so confirmlah aku balik malam, kan??
that means aku akan terlepas cerita hani, alaaa~
dahlah tak pernah miss since first episode.. huhu
tak pelah, demi kerja kan, aku akan berkorban..

tak jadi, sobs..

...Am i the worst planner??? tak kot.. aku memang admit tak plan nak keluar awal-awal, perkara ni just terlintas time hari jumaat lepas, so i din have much time to plan, plus with working time lagi.. haih -.-
sorry guys, for not being able to plan this outing really careful, i'll make this failure as an example for another exciting planning to go out, btw aku cuti hari isnin je every week, ingatkan nak keluar hari ni to celebrate lan dapat spc, coz next monday he's going to kuala nerang dah, so maybe today akan jadi last day kami jumpalah kot.. nak tunggu result, maybe tak sama time datang, kan..
so, kalau diizinkan, next time la guys.. kay..

3 hari dah..

...Bukan apa, aku just nak bagitaw dah 3 hari aku buat over-time.. haha.. best gilaaaaaa~
semalam, aku over-time lagi dahlah jusco tutup pukul 12 tgh mlm, memang penatlah aku, kan..
tapi, thanks to TRC yang memahami, Kak S, dia benarkan aku tutup awal, pukul 10.30 mlm aku dah tutup counter dah..
first time close counter kot.. memang excited gilaaa~
dan satu lagi exciting news, sekarang ni aku dah tak short duit lagi dah, excess duit adalah..
alhamdulillah.. aku bersyukur..

kawan baru..

...Hari ni saya nak kenalkan anda semua ngan kawan sekerja saya, well i meet them every single working day..
diorang ni fun, kalau tak ada diorang, my work will not complete, taw..
meet them!!!

1-duit


2-mesin cash register

3-credit card

4-credit card terminal

5-hand scanner

6-audit roll

*well, haha.. ni lah semua kawan-kawan baruku, walaupun kami baru je 2 minggu berkenalan, tapi kami sangat serasi bersama... awwwwww~
haha :p

Sunday, January 30, 2011

4 in one

...haha, ni bukan iklan beli satu dapat percuma empat barang erk.. haha..
ni merupakan cerita aku hari.. hari ni aku dah macam orang nomad dah, asyik berpindah-randah je..
mula2 dari kaunter stationery ke kaunter diy.. lepas tu dari diy aku kena transfer gi dining lak.. haha..
tak cukup ngan tu, aku kena transfer gi stationery balik.. ingatkan tu yang last, lepas tu aku gi balik kaunter diy sampai malam.. haha.. hari ni terpaksa full, sebab tak ada orang man.. haha.. hari ni full pun best sebab aku dah banyak sangat improve kerja aku.. hari ni aku tak kena tegur langsung pasal kerja..
haha, almaklumlah pengalaman semalam telah menjadi guru aku, acece bermadah & berfalsafah pulak aku ni, haha.. tapi memang betul pun.. apa-apa pun, memang hari ni the best hari yang pernah aku lalui selama menjadi cashier..
esok pula MARKET menunggu aku.. tapi, esok aku tak full. yeah!!
maknanya, hari ni second day aku buat OT!!
wow.. macam tak percaya je, aku ni dah kerja, kan??
whatever it is, i really love my life now.. wahaha..
okay, wanna go to bed already, esok aku masuk pagi..
bye, enjoy reading..

Friday, January 28, 2011

phone..work???

...haha, bukan apa, just nak tulis apa yang terjadi hari ni je.. ohho..
pagi tadi time aku tengah jaga counter, aku dapat satu call, lama jugalah dia call..
aku tak berani nak angkat, coz I'm in the middle of working bussiness kan, so kalau aku ditangkap, matilah aku kan?? dahlah baru 2 minggu kerja..
lepas customer blah, aku check, haha.. guess what??
someone from kem plkn called me..
SYAZLAN laaaaaaaaaaaaa~
ceh, aku ingatkan sapa lah tadi, haha..
aku text dia balik, ingatkan ada benda penting..
rupa-rupanya dia bagitaw dia dah on the way nak balik kl..
haha, budak botak tu kan dapat spc, gi oversea la katakan.. haha.. maybe australia kot..
dia ni memang best frend aku gilerrrr arr.. haha.. n dia ni gak orang yang aku percaya kat maktab tu..
macam2 yang kitorang text tadi, tapi secara sembunyi2 laa~
shhh, jangan bagitaw boss saya, kayp.. haha.. let make it a secret between us only.. huhu..
aku ajak dia keluar next monday, since aku cuti, kan..
haha.. nak lepak ngan dia & membe2 yang lain sebelum dia gi kuala nerang for 11 months..
lama nanti tak jumpa dia..
sobs..
memang nak sangat tengok muka dia bila botak..
haha, nanti saya upload gambar dalam blog kay.. haha..

sorry seems to be the hardest words..

...haha, ni bukan tajuk lagu ea.. haha.. ni merupakan satu statement dari aku.. memang susah nak cakap sorry..well, i can't deny it.. aku ni dahlah egoistic gilerrr kan, so faham-faham jelah.. memang kepala angin & orang yang paling susah nak cakap sorry..
tapi, perlu ke kita marah orang yang tak taw salah dia depan orang ramai??
memang tak patut, kan??
so, kepada readers, janganlah amalkan perbuatan ni erk, nanti ia akan makan diri anda balik, percayalah..
kalau orang dah buat salah, kita maafkan jangan simpan dalam hati, kalau kita buat salah cakap I'm sorry, kan senang..
confem tak ada gaduh2.. percayalah..

first time.. :)

...haha, semalam merupakan FIRST TIME aku buat banyak benda nih.. haha.. nak taw x??
first sekali: first time masuk pagi balik lewat malam a.k.a over time.. haha.. bayangkan dah la kat market, mmg lama gilaaaaaaa~
second: first time dapat gaji.. awwwww~  haha.. mmg seronok bila dapat check & pay slip.. huhu.. alhamdulillah syukur aku dapat kerja dah..
third: first time aku tutup counter kat jaya jusco.. selalunya ada orang yang akan tutupkan utk aku.. wahaha.. aku memang bertuah..
fourth: first time solat maghrib kat surau jaya jusco.. haha.. memang agak sunyi solat sorang-sorang.. haha.. dah la nak kejar masa lagi..

* conclusion is: semalam memang banyak perkara pertama yang aku buat.. haha!!
*winks

Wednesday, January 26, 2011

sembang-sembang..

...Hari ni aku jaga kaunter dengan sorang cashier yang memang senior dari aku.. nama dia J..
tapi, kitorang semua panggil dia Mak Cik J.. macam-macam yang dia cerita..
dari complain customer sampailah kes banjir kat jusco.. haha.. memang banyak yang dia taw.. best jaga kaunter ngan Mak Cik J..

hari ni pun aku ada borak ngan ABG. N.. alaaaaa, yang dulu junior inventory executive tuh... ingat tak??
haha, dia cerita kat aku ngan ABG. S kat satu jusco store kat selangor ni, tapi bukan kat maluri laaa, ada seorang cashier kena tampar ngan customer... ouch!!! sakit giler.. bayangkan selepas anda penat bekerja, ada customer tampar anda.. apakah pandangan anda??
p/s : kepada customer, tolonglah hormat cashier ea, kitorang dah bagi layanan yang terbaik dah..
dia pun ada bagitaw gak, kat store yang sama, ada customer yang baling detergent bersaiz besar kat atas lantai.. habis terpercik kena cashier, kesian kat cashier tu..

walaupun aku ni masih baru, but aku dah rasa dah macam mana susahnya jadi cashier taw.. bukannya senanag.. kerja pula dengan duit, lagilah.. memang kena kuat iman owww, kalau tak, ada orang ketiga yang mula berbisik laa~ apa lagi.. faham-faham sendiri lah ye...

in a conclusion : kerja ni memag ada banyak cabaran, tapi semuanya terletak kat kita macam mana nak hadapi cabaran tu.. kalau anda kuat, mesti tak ada masalah, tapi kalau sebaliknya, haha faham-faham sendiri lah ye..
okay, nak out ni nak tido.. esok aku masuk pagi, kat market pula tu..
so, kena buat mental & physical preparations..

ikan keli..

...haha, aku memang rindu makan ikan keli maktab!! yeay...
tadi lunch aku makan ikan keli goreng cili api kat kantin, awwww~ sedap gilaaaa..
ikan keli memang sedap ow!! aku baru je belajar makan ikan keli kat maktab, kalau tak sebab mrsm, memang aku tak belejar makan ikan keli, haha..
bukan tu je, sambal belacan pun aku baru belajar nak makan.. haha..
*winks!!
ikan keli memang sedap!!! my favourite!!!


ikan keli is my favourite!!

best!!

...Bukan apa, just nak cakap yang aku happy kerja kat sini.. haha.. akhirnya selepas hampir dua minggu kerja barulah boleh nampak ada cashier yang senyum kat aku.. hoho.. selalunya aku yang senyum kat diorang.. haha, kenalah hormat senior, kan?? yelah, aku kan junior..

the conclusion is, memang aku happy kerja kat sini..

coincidence

...Hari ni aku masuk kerja cam biasa, pukul 9.30 pagi.. nasib aku amat baik sangat hari ni, haha.. nak taw x??
hari ni aku jaga kat babies.. hoho.. ala, kaunter untuk baby la, ada semua barang-barang baby.. so, kerja aku pun memang relak giler.. haha.. customer sikit giler yg datang.. memang hari ni hari borak sedunia bagi akulah sebabnya hari ni aku memang sembang gila-gilaaaa~ haha..
best!! suka jaga kat babies.. kalau dapat hari-hari pun best juga..!!! haha..

berbalik kepada topik utama kita, haaa!! korang ingat lagi x dengan ABG. S aku tu?? haha.. hari ni kitorang jaga kaunter yang sama.. weeeeeehoooooooooooo~
lama gilaaa tak jumpa dia, boleh kata dah seminggu.. haha.. hari ni dia relief aku kat kaunter.. so, hari ni memang aku balik pukul 6.30 la.. yeay!!! memang best gilaaa~ dia datang kul 12.30 tghhari..
aku memang tak taw langsung, yelah, tak tengok jadual, kan..
haha, main datang jer.. memang luck aku.. memang banyak yang kitorg bualkan sama-sama tadi kat kaunter, haha.. kami dah macam membe baik, kan?? haha.. kan betul tekaan aku, dia ni baru 22 tahun, tapi nampak macam budak-budak tu kak N yang cakap.. aku nampak dia dah besar dah... haha, hari ni pun macam-macam yang dia ajar aku, macam mana nak buat summary credit card la, nak check settlement laa~
memang banyak lagi yang aku tak taw..
hoho, orang baru kan??

Tuesday, January 25, 2011

almost.. huh =.=

...hari ni pencapaian yang agak membanggakan sepanjang perkhidmatan aku sebagai cashier.. haha.. bajet cam dah lama je, baru seminggu kot.. hehe :p
um, hari ni aku duk kat market.. haaa!! macam-macam lah yang aku scan..
dari beras sampailah ke ikan.. huhu, market kan??
hari ni aku tak nampak packer pun, hmmmm cuti kot..
maybe laaa~
diorang pun manusia juga, kan??
haha, sama macam aku juga..
hari ni aku nyaris-nyaris kena full day, kak A tanya aku nak full ke tak??
nasib baik aku dapat fikirkan jawapan, aku kata hari ni aku ada hal..
kalau full, mesti penat giler, kan?? dahlah kat market..

hari ni customer tak ramai sangat, tapi lepas pukul 4.30 je, memang ramai, tapi tak lah seramai minggu lepas..
terkawal juga lah hari ni.. alhamdulillah..

hari ni kak Z kata aku dah agak cekap, dia tanya kenapa aku slow sikit hari ni?? aku pun katalah aku masih baru.. haha.. selalu bagi alasan yang sama je.. haha..
memang pun..

nasib baik, kak N datang utk ganti aku, kalau tak memang full daylah aku hari ni.. thx kak N!!

haaa!! hari ni dah ramai cashier yang kenal aku.. wooohoooo!!! aku dah diterima dalam family cashier.. haha.. best laaaa~

haaa, nak dengar citer lawak x??
tadi, aku dengan penuh konfiden beraturlah kat stesen lrt, nak beli tiket balik, bila check dompet duit tak cukup..
perkara yang terlintas time tu, cuma call ibu je, haaa, nasib baik ibu belum balik lagi, dia tunggu aku.. fuhhhh... memang lega gilaaaaa~
ibu pun datanglah kat stesen lrt yang aku stuck tu nak bagi duit, huh nasib baik gilaaa~
thx ibu!! memang penyelamat aku lah!!
so, esok aku masuk pagi, tapi yang pasti esok aku bukan kat market lagi......

Monday, January 24, 2011

offer.. huh 0.o

...hari ni, satu lagi surat offer sampai kat rumah, hari ni aku dapat tawaran kursus keusahawanan kemahiran industri kreatif, rekabentuk dan inovasi (multimedia) tajaan kerajaan malaysia di bawah peruntukan tambahan belanjawan 2010..
fuyoh!! kerajaan malaysia tu!! dahsyat kan..
tapi, aku pelik gilaa camana diorang bole dapat nama aku untuk offer ni, dahlah melibatkan kerajaan malaysia..
entah betul ke tak??
aku tanya pendapat ibu, dia kata call dulu, the tanya secar detail..
aku try tanya kawan-kawan pun diorang cakap benda yang sama..
even, K pun dapat tawaran juga tapi course culinary pun dari kementerian sumber manusia juga, dia kata mungkin ni penipu..
apa-apa pun, esok nak call dulu untuk confirmation..
wish me luck..

cuti ke keje??? =.=

...Kisahnya, hari ni aku pegilah keje cam biasa, pukul 8.30 dah bertolak dah, takut lewat, kan..
dahlah aku pegi swipe awal gila hari ni.. huh =.=
pastu, lepas habis morning briefing, nama aku tak disebut jaga mana-mana kaunter, lepas tu, bila tanya Kak Z, dia kata aku off day hari ni, patutlah Kak N ngan A tak datang, mungkin diorang taw lagi awal kot.. huh -.-bukan nak bagitaw, kalau tak bole aku bangun lambat hari ni, nak qadha sume tido yang da tertinggal..
so, dah taw, aku pun baliklah rumah terus.. huh =.=
memang membazir duit + masa aku betul.. merugikan..
kenapalah tak bagitaw aku awal2 lagi??
grrrrrrrrrrrrrr....
bila sampai rumah, nenk pun cakap benda yang sama, kenapalah diorang tak bagitaw aku awal2, kan senang, takyah aku bangun awal pagi sibuk2 nak pegi keje..
kat rumah tadi, sempat jugalah aku register course kat upu..
at last, selepas dah hampir sebulan aku try, baru hari ni baru bole register..

moral of the story is:
jangan lupa sampaikan sesuatu maklumat yang penting kepada semua orang.. maklumat tu mungkin akan mengubah hidup orang tu, kan..
so, buatlah keputusan yang terbaik..

Sunday, January 23, 2011

dah seminggu..

alhamdulillah, dah seminggu aku bergelar staff aeon jusco maluri ni.. haha.. dah macam-macam yang aku belajar..

FIRST
kenalah respect orang, especially senior staff.. jangan lawan cakp diorang kalau nak kerja lama..


SECOND
jangan pernah late in atau skip morning briefing nanti akan diburu oleh TRC.. wa, takut giler, diorang punya aura tu.. memang menakjubkan, dari jauh lagi aku dah dapat rasa aura tu..


THIRD
aku dah faham dah rutin cashier team ni.. rutin dia selang-selang.. kalau hari ni jaga market, esok jaga tempat lain pula, lusa mesti kat market balik.. ha, macam tulah rutin harian kitorang lepas morning briefing.. 


FOURTH
aku belajar word baru time kerja kat sini, "SEPELET" haha.. it stands for curi tulang atau lepak-lepak.. ha, perkataan tu memang tradisi staff kat maluri.. so, aku pun dah mula guna perkataan tu.. aku taw pun time first day briefing ngan KAK L, dia yang cakap, supaya aku ngan staff lain taklah tercengang-cengang bila dengar word tu.. sekarang ni dah biasa dah..


FIFTH
kalau datang kerja pukul 9.30 pagi pun tak semestinya akan balik pukul 6.30, kena ada partner baru bolah balik, kalau ttak,, haha.. faham-faham jelah.. it's full time la tu, tapi dia kira OT.. gaji lebih.. 


SIXTH
jangan buat perkara yang boleh mendatangkan kemarahan orang, especially TRC.. kalau tak, teruklah nanti..
wahaha..


ha, nilah coretan seminggu aku kerja kat jaya jusco.. aku pun takkan lama kat sini, so, aku kena biasakan diri dengan semua staff kat sini la.. haha.. okay la~
setakt ni jelah post ni ye..
aku dah mengantuk nak tido, sekarang waktu tido mmg penting bagi aku, sejak kerja nilah.. so, bye..

alahai CNY..

... tak habis-habis nak shopping, haih.. aku memang tak sabar-sabar nak tunggu habis sale kat jusco nih.. bukan sebab apa, aku tak sanggup dah nak layan terlampau ramai customer sangat ni.. huh, LETIH GILERRRRRRRR.. 
hari ni aku jaga kat merket, kaunter 4.. haha.. ramai kot customer.. oooopps, it should be TERLAMPAU RAMAI KOT.. 
agak tension sikit hari ni, dengan karenah customer, nak kena layan karenah packer pulak.. hishhhhh... dia tu dahlah lambat pack barang.. aku macam nak marah je dia, tapi tak boleh nanti memalukan company la pulak.. hari ni je 2 kali aku kena spotcheck.. alhamdulillah, tak ada short pun.. wow!!! syukur.. harap-harap aku boleh kekalkan macam ni sampai hujung bulan 2.. supaya gaji aku takkan dikurangkan walau 1 sen pun..

ha!!! lupa pulak nak bagitaw, hari ni aku dah masuk seminggu kerja kat jusco.. haha.. tapi belum seminggu lagi jadi cashier la~
sebab aku baru je boleh buka counter sendiri, id aku baru boleh guna untuk counter hari ni.. yeay!!!! tak payah guna id orang lain lagi.. haha.. kaunter tu aku punya sendiri.. hak milik kekal aku.. hahahaha....
hmmmm, memandangkan hari ni aku jaga kat market, so, secara tak disangka-sangka, ABG. S puji aku time dia nak pergi rehat, tapi dia just tegur bila dia lalu kat kaunter aku jelah... haha.. dia kata aku ni dah pro.. hohoh.. ni semua berkat abg juga yg ajar saya.. abg kan mentor saya.. haha.. tak sempat cakap apa-apa, cum a sempat bagi senyuman je.. haha.. okay la tu, kan?? orang kata senyuman tu satu sedekah.. so, okayla.. dia mesti tak kisah punya.. haha..

aku memang berterima kasih kat kak F sebab dia datang gak nak gantikan tempat aku kat kaunter, kalau tak alamatnya, full day la aku hari ni.. tak nak aku,, letih giler kot.. tambah-tambah hari ni hari ahad, kan?? so, memang full house la, kan.. haha..

tadi tak sempat reply text S, dia dahlah dapat text aku hari ahad je, itu pun sebelum pukul 5 petang.. almaklumlahkan, dia kan kat kem plkn.. hoho.. so limited time nak guna phone.. isk.. sorry S, aku bukan tak sengaja tak nak reply text kau, aku kerja.. isk.. aku akan cari cara nak contact kau nanti.. aku janji S, aku janji.. tapi, kau kena sabar jelah, ea.. aku yakin kau boleh punya..

hari ni, aku duduk kat kaunter yang bermasalah lagi.. isk,, ada wayar yang berselirat.. dahlah sensitif, kalau sentuh sikit je, mesti cash register tu teroff.. hish.. tak suka.. esok, confirm aku takkan duduk kat market lagi..  wahaha, mungkin esok aku kena removekan hard tag pulak, lagilah malas, tak nak aku.. aku lebih selesa kat market, walaupun ramai..

hari ni, pahit sikit experience aku, ada ke patut ada customer marah aku, dia kata aku ni apa tah.. aku bukan tak nak scan barang dia, tapi wire tempat aku tu problem sikit, dia ni memang tak paham.. even aku dah cakap sorry pun still dia tak nak accept lagi, dahlah tu, baling credit card kat aku time nak bayar, memang memalukan aku depan customer betul.. tapi aku senyum je kat dia.. walaupun senyuman tu pahit..

you are so like..............
pikirlah sendiri, bukan nak mengat, tapi it's a fact.. even kalau orang dah minta maaf tu dahlah.. lagi nak panjangkan hal pula.. but then, tak pelah, peristiwa ni mengajar aku juga.. aku bukannya sengaja, customer tadi pack gilerrrr.. so, it wasn't my fault.. tak kisahlah kalau time morning briefing esok aku kena marah, terima jelah.. awal bulan 3 kan contract aku tamat.. so, aku redha.. mungkin ni ujian allah kat aku, kan.. well, aku terima dengan seadanya..

Saturday, January 22, 2011

resit.. ohhhh resit..

...hari ni, alkisah resit kat mesin cash register jadi topik utama aku.. haha.. hari ni aku kena jaga kaunter ladies one.. tu nama tempat dia la.. ladies one tu merujuk kepada tempat untuk peralatan perempuan sahaja.. ladies only.. haha.. ada macam-macam barang perempuan.. hari ni aku jaga kaunter sebelah kaunter KAK SS.. haha.. mula-mula, aku ingat dia ni garang, tapi lepas lama-lama jaga, kitorg pun mulalah berborak.. haha.. dia ni okay la~ agak garang juga.. haha.. nampak gaya macam bujang, tapi dia dah kahwin la~ tak lama lepas tu, partner aku pun datang, nama dia ABG. AB.. dia ni orang sabah, pun okay la..
haha.. best kot berborak ngan dia.. hehehe.. macam-macam yang kitorg bualkan, dari hal kerja sampailah hal study.. dia ni tgh tunggu result interview.. dia nak minta further study diploma business management, jusco yang taja dia kata.. setahun lebih jer.. wow!!! express..

lepas tu, sebelum lunch tadi, aku kena spot check lagi.. huh, lega gler, everything was okay!!!
yeay!! tak ada short walau satu sen pun.. haha.. it was my luck.. alhamdulillah.. pagi tadi aku sempatlah borak ngan cashier-cashier baru gak, KAK Z ngan A, diorang pun kena spotcheck gak, procedure biasa la..
KAK Z kata dia tak short, tapi extra 25 sen.. haha.. A pula short RM60.. wow!! pagi tadi kena panggil ngan TRC.. tak tawlah kena apa.. aku harap-harap aku okay je.. tak ada short lebih RM10.. itu target aku, kalau tak, elaun aku kena tolak, which means gaji aku akan sikit.. wa.. tak nak.. tak aci ow.. haha.. sistem yang agak canggih la~

ha, berbalik kepada tajuk utama kita, hari ni aku duduk kat kaunter yang mesin cash register dia rosak.. i mean pernah rosak, bila nak print resit, mesti panjang gler.. satu barang pun dah panjang giler dah, cuba bayangkan kalau banyak barang, haha.. tak dapat ku bayangkan.. lalalala~ but then everyrhing turn back normal again bila TRC, ABG. F tolong tukarkan audit roll aku, semua okay balik dah.. huh, lega juga lah.. hari ni customer tak adalah ramai sangat, but then sebab nak CNY kan, so faham-faham jelah.. orang yang tak raya pun sibuk nak shopping gak, aih.. agaknya memang dah jadi budaya masyarakat malaysia kot, shopping ni, kan?? haha.. aku tak suka jalan lama-lama, sakit kaki nanti.. tak larat aku.. haha.. guys kan..haha, normal la tu~

tadi baru je aku dapat call daripada KAK Z.. dia kata esok aku kena masuk awal, pukul 8.30 pagi, sepatutnya pukul 9.30 pagi, ada kelas code dia kata.. kelas code?? apa tu?? aku tak taw lorh.. ala~ aku baru cadang nak tidur lama sikit, tak pelah, nak buat macam mana kan.. nak kata tak boleh pun, tak boleh juga, aku ni makan gaji.. redha je la.. esok aku kena masuk awal.. arrrrghhh!! tak suka la!!!!!!

ha!! satu bende lagi, hari ni aku notice rami gak TRC yang aku tak kenal, dah kenal aku, diorng cakap, "oh, nilah amirul ea??" kenapa ea?? aku ada buat salah ke/ harap-harap taklah.. coz aku tak penah ponteng kerje or tak datang or lambat swipe in.. kenapa?? mungkin ada sesuatu kot.. aku pun senyum je la, takkan nak tanya pula kan?? takut aku, tak berani.. haha.. diorang tu semua muka strict gler.. tah kenapa, tetibe je rindu nak balik maktab balik, nak belajar dalam kelas, haha.. homework..

warghhh!! aku dah mengantuk ni.. haha, bantal kata mari, laptop kata pergi, esok duty calls early.. so, i have to come early.. haha.. so, aku nak tidur dah ni.. goodbye world.. semoga berjumpa lagi esok.. haha..

wasalam..

Friday, January 21, 2011

teringat kembali..

... Hari ni, aku tak jumpa ngan ABG. S pun.. Kak T kata, mostly cashier lelaki cuti hari jumaat sebab solat jumaat, memandangkan rehat kami yang tak menentu.. so, i have to face it until march.. hari ni aku dah dapat ID..weeeeeeee ;)

haha, happy sangat2, goodbye to punch card... lepas ni, aku just perlu swipe je, tak perlu punch lagi.. lagi senang.. aku pun tak perlu nak bawa punch card yang panjang tu terlalu lama.. haha.. best.. hari ni ada ramai la juga new staff masuk, tapi diorang ni packer je untuk 2 minggu memandangkan CNY ni kami busy sikit, so nak memudahkan keja cashier kat market la especially.. ada la juga packer yang tolong aku.. aku betul2 teringat masa aku mula-mula masuk dulu, aku ni macam diorang la, buat kerja lambat.. haha.. new staff, kan?? tapi at least aku tahu nak membezakan barang untuk letak kat dalam plastik.. they are even worse than me.. luckily aku dapat mengawal keadaan kaunter, memandangkan aku jaga market hari ni.. customer taklah ramai sangat, tapi okay2 la~

the situaton was under control.. thanks a lot to ABG . S for giving me a lot of knowledge n that day.. haha.. kalau aku dah dapat permanent leave nanti, aku nak minta cuti hari jumaat supaya aku tak tinggal solat jumaat lagi.. sayang, kan?? dahlah seminggu sekali jer... nak buat macam mana, kerja.. haha..

next week, aku akan mula busy, mungkin next month akan ada banyak OT.. haha.. mulalah balik lewat.. terpaksalah, banyak yang akan berlaku bulan february ni, macam apa yg Kak. N cakap, staff tak boleh cuti on february ni due to banyak sangat public holiday.. aku ni time orang kerja, aku kerja, time orang cuti pun aku kerja juga.. tapi tak pelah, untuk sementara je, kan. awal bulan march nanti, tamatlah kontrak aku.. tak sabar ni..

semalam tak dapat keluar ngan chubby, acapon, anwar, hisyam, nazrin, amal & kak long.. diorang sume pegi sunway tengok wayang citer season of the witch.. huk3.. sedih :'(..
tak pe, lepas march, aku akan rancang aktiviti keluar2 ni, almaklumlah kontrak dah habis, kan.. haha..
esok aku shift pagi lagi, tak tahulah jaga kaunter apa.. harap2 aku dapat market.. esok hari tanpa plastik beg, so ringan sikit kerja aku.. weeeeeeeee ;)

hoho, aku malas nak check spelling error balik lepas tulis post ni, terlalu letih.. so, if u see any, just ignore it.. buat macam tak nampak je la.. huhu..

kay, la I'm off to bed now.. too tired to type more.. tapi, tiap-tiap hari aku akan post story kat blog ni, nak kongsi ngan sume kawan aku..

BYE!!!! NIGHT!!!

Thursday, January 20, 2011

bukan salah aku!!

... Hari ni aku memang sibuk sangat, yelah kan CNY around the corner?? so, terus jalan straight je, jgn belok2 so takyah jumpe ngan CNY.. eh, tak boleh juga, kan?? kalau macam tu, setiap harilah aku sibuk.. TAK NAK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Hari ni, aku kena jaga kaunter bahagian pakaian kanak-kanak ngan ABG. N.. tak sangka, ABG. N ni dulu junior executive, wowowowo!! jangan pandang orang sebelah mata, Don't judge a book by it's cover.. aku memang respect la kat dia.. sekarang ni dia memang seorang cashier yg sangat2 cekap.. aku tabik spring kat dia.. hari ni aku tak jaga kaunter ngan ABG. S.. isk... tak pelah.. hari ni aku dapat buka kaunter sendiri.. ohho!! best kot!! haha.. :) sangat2 terharu.. ada seorang customer cina ni tadi marah-marah senior cashier aku, dia complain aku tinggalkan kaunter tiba-tiba je, sebenarnya aku nak pergi check harga barang.. dia main serkap jarang je.. ish!!!!! gi lah buat keje cashier tu kalau asyik nak marah-marah je.. ingat senang ke, ha????!!! hari ni macam2 yang jadi kat aku.. mula2 kena complain ngan customer yang pentingkan diri tu, lepas tu security ingat aku ni nak mencuri sbb aku lari nak rushing gi kat kaunter, yelah customer ramai yang queue kan.. aku dahlah pakai full uniform, ada nametag lagi kot???!!! walaupun yang kena marah tu senior cashier aku, tapi aku still minta maaf & jelaskan hal yang sebenar kat dia, nasib baik dia kata memang aku tak bersalah, customer tu yang tak sabar-sabar.. hah, terima kasih kak!!!! :) dahlah hari ni ramai gler promoter yang buat hal, mula-mula promoter hush puppies, lepas tu promoter seed pula, kesnya sebab tak letak price tag kat baju & seluar, so aku terpaksa lari untuk dapatkan price tag tu.. it was really upset when I see them duduk relax je... apahal?? sedangkan aku terpaksa lari sana-sini, macam tak adil, kan??? takpelah, dugaan hidup aku.. aku redha..

petang tadi ada spotcheck kat kaunter secara tiba-tiba, senior cashier kira duit kat kaunter aku, guess what?? aku cuma short 5 sen je.. wow!!!! amazing, kan??? baru hari ni full day aku jaga kaunter sorang-sorang, dan aku dahlah baru kerja 4 hari, cuma short 5 sen je.. kakak tu kata, bagus!!! keep up the good work!! voucher, credit card semua tak ada problem.. i guess semua ni berkat ABG. S yang ajar aku, yelah dia kan last cashier yang ajar aku, sebelum ABG. N... so, thank you veryx10000000 much ABG. S!!!! hari ni dia sibuk gler, sebab dia jaga kaunter kat market, so memang busy la~ tak menang tangan aku tengok dia tadi.. haha, but dia memang boleh handle punya.. aku taw.. dia seorang yang boleh mengawal keadaan..

time lunch tadi, KAK I ajak aku makan semeja ngan semua cashier-cashier lain.. haha!! best juga.. aku berkenalan ngan semua cashier yang makan kat meja tu.. diorang semuanya friendly sgt2.. aku akan tetap kerja sampai contract aku ngan jaya jusco tamat.. nak cari pengalaman..

okayla, aku nak makan ni, lapar sangat.. lepas tu nak register ipta pula, nak ambil course yang memang aku nak sangat.. so, enjoy reading, yea!!!!!

salam..

Wednesday, January 19, 2011

cuti-cuti..

...Hari ni off day aku, weeehooooo!!! akhirnya aku baru aku dapat rasa macam mana perasaan orang bekerja bila dapat cuti.. two words.. LEGA GILERRRRRR...
sehari cuti macam nak cuti selama-lamanya.. haha.. for sure, tak lah kan, since aku baru je 2 hari kerja..
so, hari ni aku nak share aktiviti hari cuti pertama aku ni..

PAGI TADI..
Walaupun hari ni off day aku, itu tak bermakna aku off dari rutin harian aku kat rumah.. Kebetulan hari ni adik aku ada appoinment doctor kat hospital, eventhough ibu dah ambil cuti setengah hari, but still aku tetap nak ikut gak temankan adik aku.. haha.. aku ni kan "SEORANG ABANG YANG MISALI"..
kononnya.. :p so, around 7 lebih pagi tadi kitorg terus gerak gi hospital ampang.. ayah yang drive kitorg.. dekat jelah ngan rumah aku..
dekat hospital, macam biasalah, ambil nombor giliran lepas tu, tunggu sehingga nombor anda dipanggil.. haha
perkara yg paling tak disangka-sangka, hari ni tak ramai pula orang kat hospital, selalunya pack glerr kot.. haha..
hari ni, dah kurang.. untung gler, cepat abislah jumpa doctor.. lepas tu, kitorg 3 org pun gi breakfast kat kedai makan near hospital.. lepas breakfast, aku & adik terus balik rumah, ibu pula, straight pergi kerja.. dia nak rush ni..
sampai kat rumah, ada BREAKING NEWS!!!
My cat PUTIH dah hilang, sbb tak ada org tengok dia main kat depan rumah.. selalunya bila dia main kat depan rumah, at least akan ada seorang utk tengok2kan diz, but unfortunately, hari ni tak ada org kat rumah~
sangat sedih :'( satu rumah sedang bersedih kot.. PUTIH... WHERE ARE YOU????? COME BACK HOME.... PLEASE... dia dah macam ahli keluarga kami dah.. kami jaga dia sejak dia lahir lagi, so dah biasa dengan dia dah, since small.. merata taman aku cari, but still x jumpa gak..
tak pe, kami sekeluarga akn tetap berdoa agar kau balik putih..
lepas tu, aku berborak dengan jiran2.. pasal kerja aku.. haha.. diorg kata, aku dah makin busy, so kebetulan hari ni aku off day, so bole la berborak ngan diorg kan.. haha.. sekali-sekala meluangkan masa ngan diorg..

TENGAH HARI..
Aku cuba buka laman web upu nak daftar course, tapi x bole coz ada internal problem.. haih, surver busy kot.. huh -.- harap-harap esok okay la, sbb malam esok aku akan try skali lagi..

PETANG..
Aku gi gunting rambut, walaupun rambut x panjang, tapi agak messy gak.. so, in case of emergency sebelum aku ditegur Encik H, baik aku potong siap-siap, baru la selamat.. pendek kata, sediakan payung sebelum hujan.. lalalalala~
lepas habis gunting rambut, aku pergi beli barang sikit dekat kedai near ngan barber.. aku beli small stapler, small notebook & two pens.. Aku ingat lagi pesan entor aku, ABG. S, dia kata seorang cashier WAJIB ADA CALCULATOR, PEN, SMALL STAPLER & NOTEBOOK..
Lepas beli barang, aku terus balik ngan ibu & adik, dah janji nak balik sama ngan ibu.. adik ikut sekali..


tak banyak perkara best yang terjadi hari ni.. Esok aku kerja pagi.. Harap-harap dapat jaga kaunter ngan ABG. S lagi.. haha.. Best kerja ngan dia.. 

M.I.A

BREAKING NEWS!!!
...Missing In Action.. Something is missing in my heart & also in my house.. huhu.. sangat sedih la hari ni.. :'(
kucing tersayang kami sekeluarga, Si Putih dah hilang meninggalkan kami..
semua ni berlaku sebab tak ada orang tengok dia main kat depan rumah pagi tadi..


Nama : Putih
Umur : 6 bulan
Ciri-ciri khusus :
 2 biji mata, sebelah biru & sebelah kuning
Tak suka dipegang
Pandai buang najis kat dalam tandas
Mempunyai ekor yang kembang macam "feather duster"
Mempunyai bulu yang berwarna Putih
Seekor kucing betina

P/S:
Kalau ada yang terjumpa or ternampak kat mana-mana tolong inform kat saya, kay..
really hoping to find it back, coz it is such a LOVELY CAT..

"Segala Jasa Baik Anda Amatlah Dihargai"

TQ :)

Tuesday, January 18, 2011

sumbat-sumbat..

...aik, apahal lak ngan aku nih?? napa nak sumbat2 lak?? ingat ni tauhu sumbat ke??
hehe, xlah.. OBVIOUSLY!! aku sebenarnya nak citer pasal kisah second day aku kerja..
mai lah baca kisah aku ni.. huhu.. ;)

AWAL PAGI..
hari ni, aku bangun awl sikit, almaklumlah nak buat grooming sikit.. wahaha!! shave misai & janggut aku, baru la SMART sikit, kan?? xlah, aku bukannya nak perasan, cuma Encik H yg suruh aku buat macam tu..
bila aku sampai kat stesen LRT tadi, aku terjumpa ngan kawan lama aku, NURUL NABILA.. haha, dah 2 tahun kitorg xjumpa kot.. xsangka gler jumpa kat LRT pulak.. hoho, rezeki, kan.. sekarang dia pun cashier gak kat metrojaya bukit bintang.. hoho, jauh gler beb.. well, aku dekat jela, senang nak gi & balik keje.. haha ;p
sampai je kat MALURI, aku terjumpa pulak ngan kawan tuisyen aku, pun kawan sekolah gak, pun dah 2 tahun x jumpa gak.. haha.. nama dia HANIF.. tapi, kitorg xsempat bertegur pun, aku rushing nak pergi punch in awal, yelah, aku kan NEW STAFF.. haha..
kat JJ, aku gi punch in pastu terus gi kaunter, tapi xde org.. mmglah belum time lagi kan?? haha.. so, aku pun tunggu lah dulu, tup2 semua cashier2 lain pun sampai.. pagi tadi ada morning brief.. ala, macam "roll-coll" pagi kat maktab la~
pagi tadi, senior cashier, Pn. S bagi penerangan ttg keje, lps tu cam biasala, sesi suai kenal ngn kitorg semua, 3 org cashier baru, aku sorg je lelaki, yg dua org lagi tu, gurls.. huh -.-
selesai bab tu, Pn. S pun ada beri beberapa teguran gak, contonhya, jgn guna handphone kat kaunter & tolong buat show & tell.. tah lah, ramai yg xikut cakap gak, lumrah manusia la, kan.. EGO TINGGI!!!!
and then, pastu aku pun terus gi practise buat keje cashier kat sorg ABG ni, haha, dia ni baik kot..
aku rasa dia ni around 20-an la, sbb dia kata dia ni budak kolej.. dia ni pun baru masuk gak, baru 3 minggu, tapi dia ni mmg SENIOR YG BAIK.. nama dia ABG. S.. banyak kot yg dia ajar aku hari ni camana nak susun duit dalam cash register, camana nak scan voucher, camana nak cancel barang kalau kita terscan barang banyak kali, camana nak buat validation & macam2 lagilah pasal dunia cashier la, yelah, aku kan NEW STAFF.. lol

TENGAH HARI..
aku rehat hari ni kul 2.20 ptg.. aku gi lunch pun ngn ABG. S gak.. mula-mula, kitorg gi solat dulu, pastu baru gi makan lak kat kantin.. haha.. lauk hari ni okay la~
nasi+kuah kari ayam+sayur kacang buncis+ais kosong, okay x??
burppp gaklah aku..
haha, pastu aku tros gi punch in nak masuk keje balik.. guess what?? aku lebih awal dari ABG. S.. haha..
two thumbs up 4 me!! weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee~
tapi, aku tolong jadi packer utk KAK A dulu, sbb hanya ABG. S je yg ada kod nk buka cash register tu.. huh -.-
so, lps ABG. S dtg, aku terus sambung keje ngn dia.. hari ni aku habiskan masa kerja 9 jam ngan dia je.. dia ni best kot.. kelakar, lawak, sporting & yg paling penting dia ni bijak kawal keadaan ow.. haha..
TWO THUMBS UP 4 my mentor!! aku tabik spring kat dia..
memandangkan chinese new year nak dekat, so ramai la customer cina yg dtg.. ada 1 customer beli barang full 5 trolley.. bill dia rm2000++ kot.. kaw kaw arr shopping.. dahlah bayar kat kaunter kitorg.. jenuh jugalah dua tangan ni nak packing barang 5 trolley.. ='=" ABG. S suh aku sumbat2 je brg dalam plastik, xyah ltk elok2 sgt, nak kejar masa, kan.. semalam ABG. B ajar aku susun barang elok2, so aku praktikkan ajaran dia la kiranye.. GOOD WORKER~

PETANG..
aku tunggu arahan nak balik walaupun aku taw aku balik pukul 6.30, but still, aku kan NEW STAFF.. so, kena la tunggu arahan seterusnya.. dalam pukul 6 lebih seorang manager datang bgtaw aku yg aku balik kul 6.30 petang.. dalam hati kata YEAY!!!!!! haha, dah nak balik dah~ haha!! ;)
tapi, hati ni rasa berat nak tingglkan mentor aku, dia ni kena balik lmbt sikit, manager suruh.. tapi, xpelah kot.. I know he can handle all the problem.. U're good, bro!! I like working with you.. dalam perjalanan nak pergi punch out, sorg manager mula2 suruh aku dtg kul 9.30 pagi gak esok.. tapi bila dia tanya balik, sebenarnya esok semua staff baru cuti, termasuklah aku.. lagi lah YEAY!!!! aku happy gler kot.. ow, nilah rupanya perasaan dapat cuti bila lepas kerja, at last i know it.. happy gler kot... :)
dalam LRT, cam biasa lah, ramai org, time balik kerja kan.. aku pun berdiri je, aku tersandar la kat sorg penumpang cina perempuan ni, cume terkena sikit je, da buat muka slack ngan aku.. APAHAL PULAK?????!!! 
aku dah cakap sorry pun dia still buat muka lagi, dah lah tu, siap kutuk2 aku lagi ngan org sebelah dia.. ISHHHHHHKKKK!!! cuma Allah je yg taw camana perasaan aku time tu.. haih, again, manusia kan... -.-
dalam bas pulak, ramai org gler, pack kot.. haha.. hari ni balik ngan ibu aku.. sbb nak beli barang sikit..

IN A NUTSHELL:
second day experience is the best one, sbb dpt kerja ngan org sehebat ABG. S!!! harap hari khamis nnt dapat kerja lagi ngan ABG. S!! haha.. aku mmg berharap nih!! whatever it is, ESOK AKU CUTI!!!!!!!!!!!!!!
aku nak register course untuk universiti nanti..
YEAY!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, January 17, 2011

FIRST DAY :)

... ada J CARD x?? haha, itulah dialog pertama aku sebelum aku mula scan barang di jaya jusco. hari ni first day aku keje, haha. wah wah wah, aku dah besar la sekarang.. dulu ckp pasal sekolah je, sekarang nih, cakap pasal keje lak.. btw, aku keje ni nk cari pengalaman je, bkn nak keje tetap pun.. memandangkan hidup yg terlalu bosan kat rumah + masuk universiti bulan 9 kan, so aku decide utk cari income aku sendiri, xnk susahkan parents, almaklum ajalah, anak soleh katakan.. haha ;p

hari ni aku masuk pukul 10 pagi, pagi2 lagi dah keluar rumah, almaklumlah, first day katakan.. harap2 semangat aku ni akan berkekalan selama 3 bulan lagi, HOPEFULLY.. harap2 ia xlah mcm hangat-hangat tahi ayam je.. pendek kata, genggam bara api, biar sampai jadi arang, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.. acece, bagi peribahasa yg mempunyai maksud bersungguh-sungguh ni.. well, aku kan pekerja baru, so kena la, kan OBVIOUSLY..


macam-macam org aku jumpa hari ni.. biar aku story apa yg berlaku, ea..
FIRSTLY..
awal pagi ada orientation session, cam pengenalan kepada kerja kitalah.. cerita psl peraturan kerja, gaji & taklimat disiplin dgn Encik H.. garang gler, almaklumlah pesara askar kot.. meremang bulu roma aku..
SECONDLY..
aku pun ditugaskan kat kaunter cashier, at last.. hah, perkara yg paling ditunggu-tunggu.. mula-mula tu xkan diorg nak bagi aku terus jadi cashier kan, aku ni dahlah xde pengalaman langsung.. MEMANG ZERO knowledge pasal cashier nih.. so, aku pun ditugaskan jadi packer dulu, ala org yg tolong masuk-masukkan barang dlm plastik beg, guess what, hari ini aku dapat hadiah oww~ something yg xkan aku lupakan pasal first day aku jadi cashier nih, haha.. JARI AKU BERDARAH, kena benda tajam time nak amik benda yg mcm cellotape tu, nk ltk kat plastik beg, tah macam mana aku xperasan.. huh -.-
ada gak bende yg best, aku jumpa ramai cashier yg sporting2 gak, tapi lupa nama they all, ada sorg nih, ABG W, haha, dia ni mmg lawak, ada ke patut dia kata nama aku alfonso de amirul.. haha.. tergelak aku dibuatnye, xdelah tension sgt keje ngn ABG W ni, i like working with you..
THIRDLY..
2 jam terakhir, baru aku mula guna mesin cash register, at last beb!! YEAY FOR ME!!!!
kalau pasal customer tu, xpyh cakap la, first day dah kena dugaan dah.. haih -.-
ada ke aku kena marah tadi, sume pasal customer cina sorang nih.. hish!!! dia kata aku salah tgk kredit card dia.. mmg dah expired pun.. whatever it is, Cik L kata, CUSTOMER ALWAYS RIGHT!! so, dgn rendah diri, aku pun minx maaflah kat dia.. sorry miss..
LASTLY..
shift aku abes kul 7 hari ni, tapi disebabkan terlalu ramai org, aku terbalik lewat.. xpelah, first day kan..
haha.. esok aku masuk awal, kul 9.30 pagi, balik lak kul 6.30 ptg, standard la, 9 jam kerja..

MORAL OF THE STORY IS:
pengalaman pertama ni, walaupun bnyk pahit drpd manis, tp xep, learn from your mistakes.. it will make you a better person in the future..